• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Ucap Tahniah Ab Ghani, Kepimpinan Baharu FAM

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Ucap Tahniah Ab Ghani, Kepimpinan Baharu FAM
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengucapkan tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan serta barisan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dipilih menerajui badan induk bola sepak negara.

Baginda bertitah, barisan kepimpinan berkenaan menerima kepercayaan yang jelas daripada para perwakilan untuk memimpin bola sepak Malaysia.

“Tahniah kepada Dato’ Ab Ghani Hassan dan barisan kepimpinan baharu FAM yang telah menerima kepercayaan yang jelas dari delegasi-delegasi bagi menerajui bola sepak Malaysia,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ab Ghani yang juga Presiden Malaysian Football League (MFL) dipilih sebagai Presiden FAM bagi baki penggal 2025-2029 dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM, hari ini.

Ab Ghani memperoleh 20 undi untuk menewaskan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang meraih lima undi dalam pertandingan satu lawan satu bagi jawatan berkenaan.

Pemilihan berlangsung sempena Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 di Petaling Jaya yang diadakan bagi mengisi semula barisan kepimpinan FAM. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ab GhaniKepimpinan Baharu FAMTahniahTunku Mahkota Ismailucapan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

“Kalau Mereka Benci Saya Kerana Sayangkan Johor, Biarlah Mereka Teruskan Membenci” – Tunku Mahkota Ismail

“Kalau Mereka Benci Saya Kerana Sayangkan Johor, Biarlah Mereka Teruskan Membenci” – Tunku Mahkota Ismail

20/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkongsi semula titah baginda pada 2017 mengenai kasih sayang...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Keputeraan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Keputeraan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar

14/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menitahkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada anakanda baginda, Raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd