• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

oleh Mynewshub
11/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh apabila seorang peserta didakwa menuduh masalah keharmonian kaum berpunca daripada golongan mualaf.

Dakwaan itu mengundang bantahan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan kenyataan individu berkenaan sebagai serangan peribadi terhadap mereka.

Firdaus Wong dalam satu sidang media berkata, individu terbabit mendakwa bukan Islam tidak mempunyai masalah dengan penganut Islam selama ini, sebaliknya mendakwa golongan yang memeluk Islam atau mualaf konon menjadi punca masalah.

“Ini serangan peribadi. Inilah punca kepada ketidakharmonian kerana sepanjang kami bercakap dan membentangkan fakta, kami tidak melabel sesiapa. Inikah keharmonian yang dianjurkan?

“Ini program kerajaan. Keharmonian apakah yang mahu kita tunjukkan kepada masyarakat?” katanya.

Sementara itu, Mohd Ridhuan Tee berkata, mereka bukan mahu menjadi jaguh kepada orang Melayu, sebaliknya hanya menyatakan kebenaran ketika sesi libat urus tersebut.

“Dia kata mualaf ini nak jadi jaguh kepada Melayu dan sebagainya. Kita bukan nak jadi jaguh. Kita hanya berkata benar. Kita hanya mempertahankan hak kita (umat Islam). Itu sahaja.

“Orang macam ini tidak sepatutnya pun dijemput kerana akan menimbulkan masalah. Kita tadi bercakap dengan sangat profesional, baik, penuh hikmah yang dia terasa pasal apa,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: cadangan penubuhanFirdaus WongkecohMasalah keharmonianmualafpuncaRidhuan TeeSesi Libat UrusSuruhanjaya Keharmonian Nasionaltuduhan
Share211Tweet132SendShare

Related Posts

Kementerian Perpaduan Negara Beri Jaminan SKN Tidak Jejas Kedudukan Islam, Hak Bumiputera

Kementerian Perpaduan Negara Beri Jaminan SKN Tidak Jejas Kedudukan Islam, Hak Bumiputera

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menafikan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) mempunyai kaitan dengan isu rumah ibadat...

Rohingya Society Malaysia Dijemput Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional?

Rohingya Society Malaysia Dijemput Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional?

10/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) mendedahkan Rohingya Society Malaysia antara yang dijemput menghadiri sesi libat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd