• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bangang’ Kritik Kemenangan Nicol – KJ

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pihak yang mempertikaikan kejayaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menyumbang pingat emas kedua negara di temasya Sukan Asia ke-17, semalam sebagai ‘bangang dan tidak bertanggungjawab’.

Salah seorang pemegang akaun laman sosial Facebook semalam meletakkan komen negatif di status akaun Facebook Khairy dengan memperlekehkan kejayaan Nicol atas alasan acara berkenaan tidak dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik.

“Bangang,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Khairy berkata beliau tidak kisah jika individu terbabit memperlekehkannya sebagai Menteri Belia dan Sukan namun bukan kepada atlet negara yang bertungkus lumus mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

“Atlet kita sanggup ketepikan hal-hal peribadi mereka semata-mata untuk mengalas cabaran negara di Incheon dan tidak ramai yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan negara,” katanya.

“Saya ingin tahu sama ada individu yang mengkritik kejayaan Nicol tahu bermain skuasy atau tidak, sebelum mereka layak untuk melemparkan kritikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nicol berjaya mempertahankan pingat emas selepas mengalahkan rakan senegara, Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 dalam final perseorangan wanita, semalam.

Pingat emas pertama negara disumbangkan oleh atlet wushu wanita, Tai Cheau Xuen menerusi acara gabungan Nanquan-Nandao pada hari pertama kejohanan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kejayaan kontinjen negara mengumpul dua emas, tiga perak dan tiga gangsa, sehingga hari kelima kejohanan membuktikan sasaran lapan pingat adalah satu sasaran yang realistik dan tidak mustahil dicapai oleh negara.

Beliau berkata ada atlet yang gagal meraih pingat dan ia bukan bermakna bahawa mereka gagal dalam misi ke Incheon kerana apa yang lebih penting adalah pencapaian mereka untuk mengatasi catatan terbaik dan bukan pingat dimenangi.

“Sehingga hari ini kontinjen negara masih berada di landasan yang betul apabila meraih dua emas dan diharap kita mampu mengutip lebih banyak pingat lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd