• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium Tokoh Johor Bakal Dibuka Dengan Konsep Interaktif – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Muzium Tokoh Johor Bakal Dibuka Dengan Konsep Interaktif – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan Muzium Tokoh Johor bakal dibuka kepada umum dengan pengalaman baharu yang lebih imersif dan interaktif bagi memperkenalkan sejarah serta tokoh penting negeri itu.

Menurut beliau, menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, usaha menaik taraf muzium tersebut dilaksanakan dengan pendekatan lebih moden bagi memperkukuh pemeliharaan warisan negeri.

Katanya, bangunan bersejarah yang dahulunya merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor pertama kini dinaik taraf secara menyeluruh termasuk penyediaan bahan pameran digital serta audio visual bagi menghidupkan kisah tokoh-tokoh Johor kepada pengunjung.

“Kerajaan negeri turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, ketepatan fakta dan kualiti persembahan supaya setiap bahan pameran dipelihara dengan baik serta memberi pengalaman lebih berkualiti kepada pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Onn Hafiz berharap Muzium Tokoh Johor akan menjadi destinasi pilihan khususnya generasi muda untuk mengenali sejarah negeri dan menghargai jasa tokoh terdahulu, sekali gus memeriahkan Tahun Melawat Johor 2026 sebagai antara tarikan utama pelancongan negeri. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz Ghaziimersif dan interaktifmenghargai jasamenteri besarMuzium Tokoh Johor
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar

Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar

24/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri telah ‘menurunkan’ Yang di-Pertuan Besar adalah...

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

28/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd