• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Negeri Sembilan Harus Kembali ke Pangkal Jalan Bersama PH – Lim Guan Eng

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Negeri Sembilan Harus Kembali ke Pangkal Jalan Bersama PH – Lim Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO tidak seharusnya menjadi gunting dalam lipatan, sebaliknya perlu kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Menteri Besar Negeri Sembilan serta Kerajaan Perpaduan.

Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, UMNO Negeri Sembilan perlu bertanding bersama Pakatan Harapan (PH), bukannya bergerak solo menentang calon PH pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menyifatkan Guan Eng sebagai ‘batu api’ yang menyusahkan Kerajaan Perpaduan.

“Jangan-jangan Wan Rosdy lupa yang mencetuskan masalah besar kali ini bukanlah saya atau DAP, tetapi UMNO sendiri melalui komplot ‘merampas kuasa’ kerajaan Negeri Sembilan.

“Jangan pula berpura-pura menjadi mangsa keadaan sedangkan UMNO merupakan punca kemelut ini,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Menurut Guan Eng, UMNO Negeri Sembilan sehingga kini masih berdegil dan kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, Wan Rosdy perlu memahami bahawa hanya dengan menyokong kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Kerajaan Perpaduan dapat disatukan dan diperkukuhkan.

“Sebagai Menteri Besar Pahang, beliau sendiri sepatutnya faham bahawa kekal atau jatuhnya seseorang Menteri Besar tidak boleh dipisahkan daripada kelangsungan sesebuah kerajaan negeri.

“Takkan Wan Rosdy jahil mengenai peruntukan asas perundangan sedemikian,” katanya.

Justeru, katanya, sudah tiba masanya UMNO menunjukkan sikap setiakawan terhadap Kerajaan Perpaduan dan bukan ‘main tikam belakang’. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun media sosial Lim Guan Eng

Tags: bersama PHkembalikerajaan perpaduanLim Guan Engpangkal JalanPenasihat DAPPRU16UMNO
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Kembali Kepada Cara Lama, Pemikiran Feudal Hanya Akan Membawa Negara Kepada Kegagalan –  Veteran DAP

Kembali Kepada Cara Lama, Pemikiran Feudal Hanya Akan Membawa Negara Kepada Kegagalan – Veteran DAP

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa kegagalan melindungi kebebasan Peguam Negara akan menyebabkan kedaulatan undang-undang runtuh...

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd