KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa kegagalan melindungi kebebasan Peguam Negara akan menyebabkan kedaulatan undang-undang runtuh sepenuhnya.
Beliau turut mendakwa bahawa kembali kepada pemikiran feudal cara lama hanya akan membawa negara ini kepada kegagalan.
Dakwaan itu dibuat menerusi satu hantaran di media sosial beliau semalam dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu menggunakan aplikasi ChatGPT.
Berikut kenyataan penuh beliau dalam bahasa Inggeris:
“If we don’t protect the independence of the Attorney General, the rule of law will completely collapse. Reverting to an old-school, feudal mindset will only doom the country to fail.”
Terjemahan bahasa Melayu menggunakan ChatGPT:
“Jika kita tidak melindungi kebebasan Peguam Negara, kedaulatan undang-undang akan runtuh sepenuhnya. Kembali kepada cara lama, pemikiran feudal hanya akan membawa negara ini kepada kegagalan.” – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teng Chang Khim
PENAFIAN: Kenyataan asal Datuk Teng Chang Khim adalah dalam bahasa Inggeris dan telah diterjemahkan ke bahasa Melayu menggunakan aplikasi ChatGPT bagi memudahkan pemahaman pembaca. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan maksud atau tafsiran, kenyataan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah dijadikan rujukan utama. Mynewshub hanya melaporkan kenyataan tersebut tanpa membuat sebarang tafsiran atau ulasan tambahan. Kandungan dan dakwaan dalam kenyataan berkenaan tidak disahkan secara bebas oleh Mynewshub dan merupakan pandangan individu yang mengeluarkannya.



