• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laungan ‘Tolak UMNO’: Presiden UMNO Faham Perasaan Akar Umbi PH

oleh Mynewshub
07/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Laungan ‘Tolak UMNO’: Presiden UMNO Faham Perasaan Akar Umbi PH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beliau memahami perasaan akar umbi Pakatan Harapan (PH)

Menurutnya, akar umbi PH mungkin tidak dapat gambaran yang jelas tentang pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengenai hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya menghargai pemimpin utama parti dalam PH di peringkat Persekutuan dan juga di negeri, tapi di peringkat akar umbi itu saya faham perasaan mereka.

“Mereka mungkin tidak dapat gambaran yang jelas tentang apa yang saya nyatakan dan apa pendirian yang dibuat oleh UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas laungan ‘Tolak UMNO’ ketika Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) di Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid menjelaskan, beliau telah dimaklumkan mengenai ceramah tersebut oleh pemimpin PH dan turut dimaklumkan ia menyasarkan akar umbi parti itu.

Justeru, katanya, tidak timbul soal beliau tidak dijemput menghadirinya kerana kumpulan sasar adalah ahli-ahli komponen parti dalam PH.

“Saya telah perhatikan bahawa dalam kalangan pimpinan atasan parti-parti komponen dalam PH sangat memahami perkara dan isu ini.

“Saya teliti tiap-tiap ucapan mereka yang berucap dalam perhimpunan itu dan saya menghargai pemimpin-pemimpin utama parti-parti dalam PH,” katanya.

Sementara itu, belia menegaskan tidak timbul cadangan oleh UMNO untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan sedia ada.

Mengulas cadangan Pas supaya UMNO bermuhasabah dan ‘kembali ke pangkal jalan’, Ahmad Zahid meminta Pas menghilangkan rasa khianat terlebih dahulu.

“Saya yang mulakan (Muafakat Nasional), tapi DNA mereka adalah khianat. Kalau mereka hilangkan rasa khianat dalam hati mungkin kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan UMNO tidak akan tunduk pada sebarang ugutan dalam isu membabitkan menteri pelancongan.

“Jangan peduli apa pun pandangan itu, namun kita harus berhati-hati dan kita tangani Isu dengan baik, bukan dengan cara desakan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Akar umbiDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiLaunganpakatan harapanperasaanPHPresiden UMNOTolak UMNO
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Laungan “Tolak UMNO” Kedengaran Di Paroi, MB Negeri Sembilan Minta Siap Sedia Hadapi PRN

Laungan “Tolak UMNO” Kedengaran Di Paroi, MB Negeri Sembilan Minta Siap Sedia Hadapi PRN

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan mempersoalkan keperluan UMNO untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd