MELAKA – Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pihaknya menggunakan semula bendera terpakai untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut beliau, keadaan itu disebabkan PH tidak kaya seperti parti lain, namun dalam masa sama dapat mengurangkan pembaziran dan menjaga alam sekitar.
“Bendera ini sebelum ini digunakan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, dan kini diteruskan penggunaannya di Melaka.
“Kami mungkin tidak sekaya parti lain, tetapi kita boleh kurangkan pembaziran dan jaga alam sekitar. Guna semula, kurangkan pembaziran,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, beliau memaklumkan, PH sudah memulakan kerja-kerja persiapan untuk menghadapi PRN Melaka selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan hari ini.
Menurut beliau, pusat operasinya menerima kira-kira 10,000 bendera PH yang boleh digunakan semula. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khoo Poay Tiong


