• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSAB Jadi Tarikan Baharu Ketengahkan Tradisi, Seni Dan Budaya Bangsa Johor – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
03/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
KWSAB Jadi Tarikan Baharu Ketengahkan Tradisi, Seni Dan Budaya Bangsa Johor – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerja-kerja naik taraf Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) melibatkan peruntukan lebih RM5.6 juta telah mencapai fasa akhir.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, KWSAB dijangka mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun ini.

“Kompleks ini sebuah destinasi yang mengetengahkan tradisi, seni dan budaya Bangsa Johor dalam suasana yang lebih hidup dan interaktif.

“Pengunjung berpeluang menyaksikan keindahan warisan negeri melalui pelbagai persembahan kebudayaan seperti zapin, tarian Cina, tarian India serta persembahan Orang Asli yang mencerminkan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat Johor,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Onn Hafiz berkata, kompleks itu turut menampilkan busana tradisional Bangsa Johor, Galeri Seni, Galeri Tenun serta pengalaman permainan tradisi yang memberi peluang kepada pengunjung, khususnya generasi muda, untuk lebih mengenali akar budaya, sejarah dan jati diri negeri ini.

Dalam masa yang sama, katanya, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan warisan Johor seperti Laksa Johor, Kacang Pool, Mee Rebus dan pelbagai lagi di gerai Rasa Johor yang menghimpunkan keunikan cita rasa tempatan.

“Semoga pembukaan kompleks ini nanti bukan sahaja menghidupkan kembali warisan budaya Johor, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

“Sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini khususnya sempena Tahun Melawat Johor 2026,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziKompleks Warisan Sultan Abu BakarKWSABTarikan Baharu Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

3,526 Terima Manfaat Perumahan Kasih Johor – Onn Hafiz

3,526 Terima Manfaat Perumahan Kasih Johor – Onn Hafiz

27/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Seramai 3,526 penerima telah menerima manfaat di bawah Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 1 dan Fasa 2...

Seramai 2.2 Juta Terima Manfaat Program Infaq Jumaat Johor – Onn Hafiz

Seramai 2.2 Juta Terima Manfaat Program Infaq Jumaat Johor – Onn Hafiz

18/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merafak sembah menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd