KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.
Ahli Jawatan Kuasa DAPSY, Jason Tze-Xi Nathan mendakwa, Mohamad antara 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menyokong usaha pembentukan kerajaan ‘tebuk atap’ bersama Perikatan Nasional (PN)
“Penglibatan beliau menimbulkan persoalan serius terhadap integriti serta kesetiaannya kepada mandat Kerajaan Perpaduan semasa,” dakwanya dalam satu kenyataan.
Jason Tze-Xi turut meminta menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menilai semula secara serius kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan dan di setiap negeri.
“Penilaian semula bukan lagi satu pilihan, tetapi suatu keperluan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Kusaaliny Mahendran turut meminta Anwar segera memecat Mohamad daripada jawatan Menteri Kabinet.
Beliau mendakwa, Mohamad menyokong usaha menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan satu
pengkhianatan terhadap prinsip kolektif Kerajaan Perpaduan.
“Tiada ruang untuk “musuh dalam
selimut’ dalam pentadbiran negara,” dakwanya.
Beliau turut menggesa kepimpinan tertinggi PH untuk mengkaji semula hubungan kerjasama dengan BN di peringkat pusat.
“Kerjasama ini seharusnya dibina atas dasar integriti dan kestabilan, bukannya menjadi tebusan kepada tuntutan melampau sebuah parti yang sering berubah haluan,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
DAPSY Malaysia


