Oleh Mynewshub
KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang…dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil dengan cadangan paling kurang bijak yang mungkin boleh difikirkan oleh sesiapa…

Beliau mencadangkan agar gerabak wanita yang kini dihadapan keretapi, dipindahkan ke tengah, diapit gerabak yang majoriti lelaki…
Apakah itu akan menyelesaikan masalah kemalangan melibatkan keretapi di masa hadapan?
Tak tahu kalau pindah jauh sikit mungkin pemandu keretapi tak perlu dengar perempuan merunggut banyak…so dia boleh concentrate memandu lebih baik….
Atau nyawa lelaki di Indonesia kurang bernilai berbanding wanita?
Tahu la Menteri berkaitan kebajikan wanita…tapi guna la akal sikit bila bagi pandangan tu…
Isunya keselamatan pengangkutan keretapi dan cara untuk mengatasi kecelakaan di masa hadapan…
Bukan untuk memastikan jantina mana perlu dikorbankan dan yang mana tidak.
Cadangan oleh Arifah Fauzi ini jelas menimbulkan persoalan besar terhadap keutamaan sebenar dalam isu keselamatan pengangkutan awam.
Mengalihkan gerabak wanita ke tengah bukan penyelesaian asas kepada punca kemalangan atau keselamatan, malah dilihat seperti pendekatan simplistik terhadap isu yang jauh lebih kompleks.
Dalam situasi yang memerlukan solusi berasaskan sistem dan keselamatan menyeluruh, cadangan sebegini hanya menampakkan kegagalan memahami masalah sebenar — bukan menyelesaikannya.
Masyarakat Indonesia atau netizen sana nyata marah dengan kenyataan dangkal anak Fauzi ni…..memang patut la….
Akhir kata…”Jangan kacau gerabak keretapi saya!”. –MYNEWSHUB


