• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

oleh Mynewshub
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mengiritik kenyataan seorang Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara berhubung kesesakan lalu lintas membabitkan solat Jumaat.

Beliau mempersoalkan mengapa Prof. Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi yang juga Profesor Seni Bina Islam tidak membuat kenyataan seperti itu apabila jalan raya sesak disebabkan perayaan agama lain.

“Hoi gampang! Kenapa kamu diam apabila jalan sesak teruk ketika Thaipusam, kuil dekat hospital, perayaan Ong Yeh, Jalan Syed Putra, KL dan lain-lain?

“Bila kena pada orang Islam, cepat kamu bertindak (bersuara). Kalau nak sangat jadi wakil rakyat DAP, meh tanding kawasan Melayu, aku tunggu kamu. Bila mati esok, suruh ultra kiasu DAP mandikan,” sindirnya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau namun dalam masa yang sama menyarankan khatib Jumaat supaya mengingatkan makmum parkir jauh sedikit dari masjid supaya tidak menyusahkan orang lain bagi menunjukkan akhlak Islam yang baik.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Mohd. Tajuddin menggesa pihak berkuasa agama dan majlis tempatan meningkatkan penguatkuasaan bagi menangani kesesakan lalu lintas yang berkaitan dengan solat Jumaat, memberi amaran bahawa isu tersebut berisiko mencetuskan ketegangan kaum

Menurut laporan berkenaan, kenyataan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara itu hadir susulan bantahan terhadap solat Jumaat di Surau Taman Seraya di Ampang. Solat Jumaat di surau itu diadakan sejak 2019.

Mohd. Tajuddin dipetik sebagai berkata, isu berkaitan lalu lintas ketika solat Jumaat telah lama menjadi punca pergeseran dalam kalangan masyarakat.

“Isu ini sentiasa mencetuskan ketegangan kaum, malah orang bukan Islam juga dipukul kerana membunyikan hon,” katanya merujuk kepada rusuhan yang dilaporkan di Taman Austin Perdana, Johor Baru, pada 2017.

Mengulas mengenai insiden di Ampang, Mohd. Tajuddin dilaporkan berkata, masanya telah tiba untuk Jabatan Hal Ehwal Agama negeri memantau surau dan masjid yang diberi kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat, bagi memastikan tiada halangan di laluan masuk kediaman atau premis berdekatan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Mohd Ridhuan Tee Abdullah

 

Tags: Ahli Majlis Penasihat Perpaduan NegaraDr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullahkesesakanlalu lintaspendakwah bebasProf. Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdisolat Jumaat
Share222Tweet139SendShare

Related Posts

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

12/06/2026
0

KOTA TINGGI – Sekeping gambar memaparkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar menikmati...

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

05/06/2026
0

MERSING – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama anggota tentera di Masjid Kem Seri Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd