• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

oleh Mynewshub
25/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak mengelirukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mahupun membuat kenyataan palsu berhubung Sultan Selangor.

Dakwa beliau, semakan terhadap ucapan Siew Ki pada sidang DUN Selangor 22 April lalu menunjukkan wakil rakyat itu hanya menggunakan haknya untuk menyampaikan pandangan pengundi.

Menurut beliau, ia termasuk menggunakan hak seorang wakil rakyat untuk mencadangkan agar pendekatan pengurusan industri penternakan babi dikaji semula.

Selain itu, Guan Eng turut menyatakan rasa kesal beliau terhadap UMNO kerana mengambil pendirian sama seperti PAS mengkritik ADUN Seri Kembangan.

“Jelas sukar untuk mengubah pendirian lama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Siew Ki tidak akan berundur walaupun berdepan ugutan serta demonstrasi oleh ahli PAS di luar pusat khidmatnya.

Tegasnya, Siew Ki akan terus mendapat sokongan daripada ahli DAP serta orang ramai kerana melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Guan Eng turut menggesa PAS dan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak membakar sentimen terhadap DAP, memandangkan cadangan Wong hanyalah berkaitan usaha menambah baik sistem penternakan babi secara moden dan terkawal.

Beliau juga menolak dakwaan Siew Ki bersikap derhaka, sambil menegaskan bahawa ADUN itu tidak pernah mempertikai atau membuat kenyataan tidak benar terhadap Sultan Selangor.

Guan Eng membandingkan situasi tersebut dengan insiden melibatkan menteri PAS pada 26 Julai 2021 yang didakwa mengelirukan Parlimen berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Katanya, kenyataan itu kemudian ditegur oleh Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong belum memperkenankan pembatalan tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: ADUN Seri KembanganHakLim Guan EngpandanganPenasihat DAPpengundiPenternakan babiwakil rakyatWong Siew Ki
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mak Khuin Weng Kongsi Pandangan Isu Penternakan Babi

Mak Khuin Weng Kongsi Pandangan Isu Penternakan Babi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mak Khuin Weng berkongsi pandangan beliau tentang kontroversi membabitkan isu...

Terbukti ADUN Seri Kembangan Berwawasan Dan Berjiwa Rakyat – Teresa Kok

Terbukti ADUN Seri Kembangan Berwawasan Dan Berjiwa Rakyat – Teresa Kok

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekiranya mahu mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, Malaysia wajib mewujudkan sistem penternakan dan pertanian moden yang mesra...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd