• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

oleh Mynewshub
22/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan (NGO) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat.

Beliau menerusi satu rakaman video menjelaskan, di Perlis terdapat takrif asnaf Fi Sabilillah yang merangkumi NGO terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti berkaitan sekolah dan pusat dakwah.

Ujar beliau, Perlis juga mengamalkan pendekatan di mana pembayar zakat boleh mencadangkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk duit zakat diberikan kepada pihak yang layak.

“Jadi kalau satu orang (contoh) bayar (zakat) RM100,000, dia cadangkan supaya bagilah kepada sekolah agama sekian, MAIPs terima cadangan itu akan beri lebih kurang 50 atau 60 peratus pada tempat yang dia cadang.

“Tapi duit itu masuk terus ke tempat yang dia cadang setelah MAIPs pergi dan menyemak tempat tu. Maksudnya mereka layak menerima zakat, mereka berada di bawah kategori.

“Jadi satu NGO ini dia mempunyai rangkaian yang ramai. Mereka mendekati ramai pembayar zakat. Dia yang pergi dan dia kata (kepada) ‘kawan-kawan’ dia pergilah bayar pada MAIPs, nanti cadanglah supaya bagi kepada kami. Bagi pada kami tu (bermaksud) NGO dia. Bukan individu kerana NGO dia ada aktiviti asnaf.

“So bila dia cadang, MAIPs tunaikanlah hasrat itu, tapi oleh kerana ramai orang yang dia mendekati, dia dapat banyaklah. Dia itu bukan individu. Dia itu NGO dan kita juga mengambil kira aktiviti dia yang banyak. Dan secara syaraknya tak perlulah MAIPs periksa wang itu digunakan untuk apa, tapi MAIPs tetap minta setiap tahun apa yang kamu belanjakan.

“Dia bagi laporan dan tentunya MAIPs tidak mempunyai kuasa untuk audit dia, tapi dia bagi laporan dan dia ada auditor dia kata kami belanja ini.. Jadi ia baiklah,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, zakat di Perlis adalah tertakluk kepada kategori asnaf yang telah ditetapkan syarak meliputi lapan golongan termasuk fakir miskin dan fi sabilillah.

Beliau berkata daripada sudut hukum, apabila seseorang penerima zakat telah menerima bantuan, maka wang tersebut menjadi hak miliknya dan tidak tertakluk kepada pemantauan bagaimana ia dibelanjakan.

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, aktiviti yang dikaitkan dengan NGO berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu, malah telah berjalan sejak sekian lama dengan memenuhi syarat ditetapkan oleh MAIPs.

“Pada sisi MAIPs, syarat cukup, aktiviti ada dan benda ini bukan setahun… sudah 20 tahun. Tiba-tiba ada pihak mendakwa berlaku salah guna,” katanya.

Beliau turut memaklumkan telah mengambil inisiatif memanggil sendiri individu terlibat bagi mendapatkan penjelasan, walaupun perkara itu bukan di bawah pentadbiran pejabatnya.

Hasil penjelasan yang diterima, individu berkenaan hanya berperanan mencadangkan kepada pembayar zakat untuk menunaikan zakat di Perlis tanpa mempunyai kuasa mengutip zakat secara langsung.

“Dia hanya mencadangkan. Dia tidak ada kuasa mengutip zakat dalam negeri lain. Pembayar zakat itu sendiri datang ke Perlis untuk membayar. Apabila mereka datang untuk membayar, mereka mendekati pihak tersebut. Namun, oleh kerana dia mendekati ramai orang, dia mengatur dan membantu mengisi borang itu saya tidak tahu, itu urusan dia,” katanya.

Mengulas isu upah kepada pihak tertentu, beliau berpandangan ia tidak semestinya menjadi kesalahan sekiranya melibatkan upah kerja.

Beliau memberikan analogi situasi tersebut, di mana seseorang membantu mendapatkan pembayar zakat dan kemudian menerima peratusan kecil.

“Saya (sekolah, NGO) pun teringat, rupanya si Mat ini pada hari itu bersusah payah berjumpa orang kaya. Saya panggil Mat itu, daripada RM600,000 yang saya dapat, saya bayar tukang kebun, cikgu dan sebagainya. Nah, Mat ambil RM2,000. Boleh tak dia ambil? Boleh tak? Dia buat kerja tak? Soal dia ambil sepatutnya tidak timbul.

“Kemudian, bukan MAIPs yang bagi, sekolah itu yang bagi. Bukan MAIPs yang bagi, NGO itu yang bagi. Cuma orang kata sekarang dia dapat banyak. Banyak itu saya pun tidak tahulah, saya tidak mahu masuk campur penyiasatan (SPRM)

“Kemudian katanya duit itu ada dilaburkan, tapi saya tanya apa pelaburan dibuat dengan duit itu? Dia kata mereka buat hospital Islam. Memanglah kena guna duit. Kena ada pelaburan dalam itu.

“Adakah Mat telah melakukan rasuah ataupun tidak? Bagi saya tiada isu. Cuma dalam cerita Mat mengenai duit ini, serahkan kepada SPRM. Dari pihak MAIPs, saya sudah tanya MAIPs. Mereka kata, ini mufti… biasalah internet, (ada dakwaan) Mufti Perlis telah lesapkan duit zakat. Ini bukan di bawah pejabat saya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr MAZA Channel

 

Tags: Dana zakatDatuk Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinDr MAZA Channelkes penyelewenganMufti PerlisNGOPerlis
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan penahanan tiga individu di...

“Ambil 1 Sen Bukan Hak Api Neraka Menunggu”

“Ambil 1 Sen Bukan Hak Api Neraka Menunggu”

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Datuk Kamarudin Abdullah mengingatkan semua pihak berkenaan balasan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd