• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada rakyat dengan kekal rendah diri, bersemangat dan fokus dalam memberi khidmat kepada rakyat sempena ulang tahun ke-60 parti itu.

Berucap pada majlis sambutan yang diadakan di Pulau Pinang hari ini, beliau mengimbas perjalanan enam dekad DAP yang disifatkan berteraskan ketahanan, perjuangan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat tanpa berbelah bahagi.

“Daripada zaman awal sebagai pembangkang sehingga peranan dalam kerajaan hari ini, DAP telah berkembang menjadi sebuah gerakan politik yang matang, bertanggungjawab dan berpandangan jauh.

“Namun, misi teras kami kekal tidak berubah iaitu mempertahankan demokrasi, keadilan, tadbir urus baik dan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Kor Ming menegaskan kekuatan DAP terletak pada identitinya sebagai parti berbilang kaum yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau latar belakang.

Menurutnya, perpaduan dalam kepelbagaian serta keharmonian kaum menjadi tonggak utama kemajuan dan relevansi parti itu selama ini.

Beliau menegaskan bahawa walaupun DAP meraikan legasinya, parti itu tidak boleh berasa selesa.

“Perjalanan ke hadapan masih mencabar. Setiap ahli mesti terus berkhidmat dengan ikhlas, kekal berpijak di bumi nyata dan tidak sesekali melupakan kepercayaan rakyat.

“DAP bermaksud menunaikan janji. Kita mesti sentiasa melaksanakan apa yang dikata supaya rakyat melihat parti ini sebagai boleh dipercayai dan diyakini.

“Sentiasa kekal rendah diri bersama rakyat, kekal bersemangat untuk berkhidmat, dan kekal fokus dalam penyampaian kepada rakyat,” tegasnya.

Tambahnya, sambutan ulang tahun ke-60 bukan sahaja menjadi medan refleksi, malah seruan baharu untuk DAP terus membina Malaysia yang lebih inklusif, adil dan progresif. – MYNEWSHUB

Tags: AspirasiDAPMATANGNga Kor Mingrakyat Malaysia
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk...

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd