• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2026

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 44 kertas siasatan telah dibuka manakala 1,758 premis diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap standard ditetapkan.

Menurut beliau, sepanjang tahun 2025 pula, jumlah rampasan bahan berkaitan al-Quran mencecah 6.2 tan dengan nilai dianggarkan sekitar RM2.7 juta.

Kata beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 1.5 tan telah melalui proses pemurnian hari ini melibatkan 8,672 unit teks dan bahan al-Quran.

“Program Pemurnian Al-Quran yang dilaksanakan ini merupakan satu usaha penting dalam memastikan kesucian dan ketulenan mushaf al-Quran sentiasa terpelihara di negara kita,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Tambahnya, peranan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN bukan sahaja tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang, malah memastikan setiap naskhah al-Quran yang berada di tangan masyarakat mematuhi piawaian pihak berkuasa agama.

“Sekiranya terdapat kesilapan atau ketidakpatuhan, tindakan akan diambil. Dalam keadaan tertentu seperti bencana banjir atau kebakaran, proses pelupusan juga akan dilaksanakan secara teratur dan penuh hormat,” jelasnya.

Beliau menegaskan, bagi kes pelanggaran, tindakan tegas termasuk rampasan dan siasatan akan dilaksanakan tanpa kompromi.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat turut memainkan peranan dengan memastikan mushaf al-Quran yang digunakan adalah sah dan diperakui, selain menyerahkannya kepada pihak berkuasa sekiranya memerlukan proses pemurnian.

“Menjaga kesucian Al-Quran adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Saifuddin Nasution Ismail

Tags: Al-QuranDatuk Seri Saifuddin Nasution IsmailMengandungi KesilapanMenteri Dalam NegeriProgram Pemurnian Al-QuransitaStandard
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya menyunting dan...

Cium Tapak Kaki – AMK Selangor Lupa Siapa Mengetuk Pintu UMNO Pukul 3.30 Pagi?

Cium Tapak Kaki – AMK Selangor Lupa Siapa Mengetuk Pintu UMNO Pukul 3.30 Pagi?

20/07/2026
0

Rencana MYNEWSHUB   POLITIK Malaysia memang mempunyai satu keistimewaan — ingatannya boleh dipadam dan dipasang semula mengikut musim pilihan raya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd