• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cium Tapak Kaki – AMK Selangor Lupa Siapa Mengetuk Pintu UMNO Pukul 3.30 Pagi?

oleh Mynewshub
20/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Cium Tapak Kaki – AMK Selangor Lupa Siapa Mengetuk Pintu UMNO Pukul 3.30 Pagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Rencana MYNEWSHUB

 

POLITIK Malaysia memang mempunyai satu keistimewaan — ingatannya boleh dipadam dan dipasang semula mengikut musim pilihan raya.

 

Ketika memerlukan rakan untuk membentuk kerajaan, lawan semalam boleh dipeluk, dipuji sebagai negarawan dan diangkat menjadi penyelamat kestabilan negara.

 

Namun apabila kepentingan politik berubah, rakan yang sama tiba-tiba dituduh sanggup “cium tapak kaki” lawan demi kuasa.

 

Itulah nada yang dilemparkan AMK Selangor kepada Ketua Pemuda UMNO Kapar yang menyokong kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

 

Setiausaha AMK Selangor, Ghafurullah Ismail mendakwa tindakan Pemuda UMNO Kapar menyokong kerjasama politik baharu menunjukkan parti berkenaan sanggup mengetepikan rakan dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan pilihan raya.

 

“Saya melihat kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kapar sebagai pemimpin miskin idea dan terpaksa bergantung kepada kekuatan parti lain untuk berdiri.

 

“Ini menunjukkan bagaimana parti yang kononnya keramat bangsa ini terpaksa mencium tapak kaki lawan semata-mata bagi mendapatkan kuasa sedangkan dalam Perpaduan mereka dilayan seperti rakan kongsi yang berharga,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

 

Cium tapak kaki yea…

 

Pedas bunyinya.

 

Cuma sebelum AMK Selangor terlalu ghairah menuding jari, mungkin mereka perlu mengulang tayang semula apa yang berlaku pada malam keputusan PRU15.

 

Siapa Datang Pukul 3.30 Pagi?

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/07/ae6928bc6f9c6e4b0cab1c7ab10b44f9.mp4

Menurut pendedahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke ibu pejabat UMNO sekitar pukul 3.30 pagi pada malam keputusan PRU15.

Asyraf mendakwa Saifuddin datang membawa “amanah” daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuka rundingan dengan UMNO selepas keputusan menunjukkan PH tidak mempunyai kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan secara bersendirian.

 

Dalam versi peristiwa yang diceritakan Asyraf, PH mempunyai 82 kerusi manakala BN membawa 30 kerusi yang amat diperlukan bagi mencapai jumlah majoriti.

 

Saifuddin dikatakan dipujuk Rafizi Ramli supaya menggunakan hubungan lamanya dalam UMNO untuk mendapatkan pertemuan dengan Ahmad Zahid.

 

Bukan sekadar Anwar, Rafizi juga didakwa mengelupur mahu kerjasama dengan BN untuk bentuk kerajaan.

 

Keesokan harinya, menurut laporan sama, rombongan PH termasuk Anwar, Rafizi dan Saifuddin bertemu lagi dengan pemimpin UMNO bagi meminta rundingan kerjasama.

 

Zahid pula dikatakan tidak terus menerima tawaran tersebut, sebaliknya meminta sebuah jawatankuasa perundingan dibentuk dan syarat-syarat kerjasama diteliti terlebih dahulu.

 

Jadi, siapakah sebenarnya yang datang mencari siapa?

 

UMNO tidak datang mengetuk pintu ibu pejabat PKR pada pukul 3.30 pagi.

 

Berdasarkan keterangan Asyraf, wakil PH yang datang ke ibu pejabat UMNO kerana sedar tanpa 30 Ahli Parlimen BN, laluan Anwar ke Putrajaya tidak akan semudah yang diimpikan.

 

Rundingan politik itu sendiri bukanlah satu dosa.

 

Dalam sistem demokrasi berparlimen, apabila tiada pihak mempunyai majoriti, rundingan antara parti adalah perkara biasa.

 

Yang memalukan ialah apabila seseorang menikmati hasil rundingan tersebut selama bertahun-tahun, kemudian berpura-pura seolah-olah hanya pihak lain pernah berkompromi demi mendapatkan kuasa.

 

Jangan Lupa Kisah Bagan Datuk

 

AMK Selangor juga mungkin perlu bertanya kepada pemimpin mereka sendiri tentang apa yang berlaku di Parlimen Bagan Datuk.

 

Dalam PRU15, Ahmad Zahid mengekalkan kerusi itu dengan majoriti hanya 348 undi.

 

Beliau memperoleh 16,578 undi, manakala calon PH, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendapat 16,230 undi.

 

Shamsul kemudian menceritakan bahawa beliau mahu pengiraan semula dilakukan kerana perbezaan undi yang terlalu tipis.

 

Namun menurut penjelasannya sendiri, Anwar menghubunginya dan memberitahu bahawa rundingan untuk membentuk kerajaan sedang berlangsung serta Zahid sudah memberikan komitmen untuk menyokong penubuhan kerajaan.

 

Shamsul mengakui beliau akhirnya tidak mencabar keputusan kemenangan tipis Zahid bagi membolehkan proses pembentukan Kerajaan Perpaduan diteruskan.

 

Untuk ketepatan, selepas keputusan rasmi diumumkan, calon tidak boleh sesuka hati meminta semua undi dikira semula di pusat penjumlahan.

 

Sebarang pertikaian seterusnya perlu dibawa melalui petisyen pilihan raya.

 

Namun hakikat politiknya tetap sama:

 

Shamsul memilih untuk tidak meneruskan cabaran terhadap keputusan itu ketika PH sedang memerlukan sokongan UMNO.

 

Bukankah itu juga satu kompromi politik demi membentuk kerajaan?

 

Ketika itu tidak pula kedengaran AMK menuduh kepimpinan PH menjilat ludah sendiri, tunduk kepada UMNO atau mencium kaki lawan demi kuasa.

 

Sebaliknya semuanya diberikan nama yang lebih sopan — kestabilan, kebijaksanaan, kerajaan perpaduan dan titah Yang di-Pertuan Agong.

 

Apabila PH melakukannya, ia dinamakan strategi negarawan.

 

Apabila UMNO melakukannya, ia dinamakan gila kuasa.

 

Begitulah fleksibelnya kamus politik.

 

Siapa Sebenarnya “Cium” Siapa?

 

Jika AMK mahu menjadikan frasa “cium tapak kaki” sebagai ukuran maruah politik, maka orang ramai juga berhak memulangkan soalan yang sama.

 

Apakah tindakan menghantar wakil ke ibu pejabat UMNO pada pukul 3.30 pagi bukan usaha mendapatkan talian hayat politik?

 

Apakah tindakan memohon kerjasama 30 Ahli Parlimen BN bukan kompromi demi mendapatkan kuasa?

 

Apakah keputusan tidak meneruskan cabaran terhadap keputusan Bagan Datuk kerana Zahid diperlukan untuk membentuk kerajaan bukan pengorbanan politik?

 

Bolehlah pihak lain membalas AMK dengan istilah yang lebih kasar seperti “cium bontot demi kuasa”.

 

Namun rencana ini tidak perlu turun ke longkang bahasa sedemikian.

 

Cukuplah dikatakan AMK Selangor sedang meludah ke langit.

 

Mereka boleh tidak bersetuju dengan kerjasama BN-PN di Negeri Sembilan.

 

Mereka juga berhak mendesak PH menilai semula hubungannya dengan BN di Selangor.

 

Itu sebahagian daripada kebebasan berpolitik.

 

Tetapi janganlah bertindak seolah-olah PH tidak pernah mengetuk pintu lawan, tidak pernah mengorbankan kepentingan pilihan raya dan tidak pernah membuat kompromi demi mendapatkan Putrajaya.

 

Kerajaan yang dinikmati PH hari ini lahir daripada rundingan dengan parti yang pernah mereka kecam selama puluhan tahun.

 

Sebelum AMK Selangor menuduh orang lain mencium tapak kaki lawan, mungkin mereka patut melihat semula rakaman malam PRU15 dan peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa hari selepas itu.

 

Di situ akan terlihat dengan jelas siapa yang datang, siapa yang mengetuk pintu dan siapa yang ketika itu paling memerlukan siapa….dan siapa cium tapak kaki siapa. –MYNEWSHUB

 

Nota editorial: Dakwaan mengenai kehadiran Saifuddin Nasution pada pukul 3.30 pagi adalah berdasarkan keterangan Asyraf Wajdi yang dilaporkan media dan hendaklah dibaca sebagai dakwaan beliau.

Tags: Asyraf Wajdibangunan UMNODatuk Dr Asyraf WajdiDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukiDatuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd