• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan agar Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara dalam talian susulan krisis tenaga global yang sedang melanda ketika ini.

Presidennya, Musa Awang, berkata langkah itu melibatkan prosiding sebutan kes sahaja, manakala prosiding perbicaraan, keputusan dan Majlis Sulh dicadangkan untuk terus dijalankan secara fizikal seperti biasa.

Menurut beliau, cadangan tersebut bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga selain membantu meringankan beban masyarakat awam serta peguam syarie yang berurusan di Mahkamah Syariah.

“Dari sudut undang-undang syariah, prosiding secara dalam talian atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh boleh dijalankan. Dengan merujuk kepada beberapa peruntukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk antaranya kepada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 (Pindaan 2024) yang membolehkan hakim atau pendaftar menentukan prosiding dijalankan secara komunikasi jarak jauh, serta Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2022) yang mentakrifkan kehadiran termasuk secara dalam talian.

Tambah beliau, pelaksanaan awal boleh dimulakan di kawasan berimpak tinggi seperti Lembah Klang serta ibu negeri dan bandar utama yang berdepan kesesakan trafik, sebelum diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.

“Langkah ini diharap dapat membantu mengurangkan beban tenaga, di samping memastikan kelangsungan urusan harian masyarakat dan peguam syarie, serta memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: dalam talianMahkamah SyariahMusa AwangPersatuan Peguam Syarie MalaysiaPGSMprosiding
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Dominasi Pendaftaran Ahli Baharu UMNO, Catat 6,560 Keahlian

Johor Dominasi Pendaftaran Ahli Baharu UMNO, Catat 6,560 Keahlian

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada Johor yang mencatat jumlah pendaftaran ahli...

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan kemasukan seramai 21,858 ahli baharu serta bekas ahli yang kembali menyertai parti itu dalam tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd