• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

oleh Mynewshub
13/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan
Share on FacebookShare on Twitter

TERFIKIR sesuatu bila melihat keadaan negara sekarang. Tapi kena tanggalkan ‘kaca mata politik’ dulu, barulah nampak jelas siapa buat kerja, siapa sekadar buat bunyi.

Hampir empat tahun Kerajaan Perpaduan. Banyak cerita, banyak kontroversi. Namun di sebalik hingar-bingar, ada satu sudut yang kurang diperhati — prestasi wakil Barisan Nasional (BN)

BN cuma pegang beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri. Tak ramai pun. Tapi peliknya, yang sedikit inilah nampak lebih ‘efektif’ berbanding yang ramai.

Tolak tepi soal politik. Ketika kementerian lain sibuk dengan polemik sana sini, kelompok ini nampak tenang. Kurang retorik, kurang ‘show’. Lebih kepada kerja.

Mungkin sebab pengalaman. Mungkin juga sebab ‘DNA mentadbir’ yang masih tebal — DNA BN yang mentadbir negara berpuluh tahun lamanya.

Dalam negara demokrasi, suka atau tidak suka itu hak masing-masing. Tapi tak perlulah setiap rasa tak berkenan hanya disandarkan pada politik.

Ambil contoh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Fokus beliau kepada pembangunan
luar bandar, TVET, perumahan rakyat dan pengurusan bencana kurang bising, tetapi berjalan.

Di Wisma Putra, Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya membawa suara Malaysia ke pentas antarabangsa. Sidang ASEAN di Kuala Lumpur berjalan lancar.

Isu Palestin dibawa dengan arah yang jelas dan kebijaksanaan dalam berhujah.

Kementerian Pertahanan bukan tempat mudah, tetapi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menangani isu sensitif seperti buli, salah laku dan rasuah dalam ATM dengan pendekatan tenang tetapi tegas.

Tak perlu bertempik menyalahkan itu dan ini. Profesional dan berwibawa.

Di MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak menunggu lama untuk menyatakan pendirian. Isu perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat ditangani secara terus terang.

Tak perlu berlapik atau ‘main wayang’. Kepentingan negara diutamakan.

Dalam masa sama, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di Kementerian Pendidikan Tinggi juga efisien. Kerap turun ke IPT bertemu pelajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pula dilihat benar-benar menggerakkan reformasi undang-undang.

Anggota Kabinet lain seperti Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup,. Datuk Mohd Shahar Abdullah, Datuk Mohamad Alamin, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Datuk Seri Ahmad Maslan mungkin kurang disebut, tetapi kerja tetap berjalan lancar.

Alangkah baik jika BN kembali dominan pada PRU16. Namun jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih Perdana Menteri, mungkin wajar dipertimbangkan untuk melantik lebih ramai anggota Kabinet daripada BN.

Pada masa ini, menteri-menteri BN yang sedang menyelamatkan maruah kerajaan Madani, tanpa boleh dinafikan oleh sesiapa- MYNEWSHUB

Tags: Barisan NationalBerkesanBNKerajaan Madanikerajaan perpaduanMenteriPerformtimbalan menteri
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

28/07/2026
0

SEREMBAN - "Ulang-ulang Islam dan Melayu terancam. Kalau ada, sebutkan apa yang terancam. Bawakan bukti kalau kamu di pihak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd