• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Sungai Pulai Mendap Lebih 300mm Dalam 6 Bulan

oleh Mohd Arshad
11/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jambatan Sungai Pulai Mendap Lebih 300mm Dalam 6 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Laluan penting yang menghubungkan Kukup dengan beberapa kawasan lain kini berdepan isu keselamatan serius apabila Jambatan Sungai Pulai dilaporkan mengalami mendapan luar biasa hanya beberapa bulan selepas dibuka.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau sendiri telah turun padang meninjau keadaan semasa jambatan tersebut yang memainkan peranan besar dalam memudahkan pergerakan penduduk selain merancakkan sosioekonomi setempat, khususnya di Pontian dan Johor Bahru.

Menurut beliau, jambatan berkenaan telah mula digunakan orang ramai sejak 18 Januari 2023.

Namun, audit teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati berlaku mendapan serius melebihi 300 milimeter dalam tempoh kurang enam bulan.

“Keadaan ini jelas menjejaskan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan melalui media sosialnya.

Hasil siasatan mendapati punca utama masalah tersebut berpunca daripada ketidakstabilan struktur tanah selain penggunaan sistem pembinaan ringan jenis EPS (Expanded Polystyrene System) yang didakwa kurang sesuai dengan keadaan sebenar tapak.

Susulan itu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak JKR bersama pemaju untuk melaksanakan kaedah pembaikan lebih kukuh dan menyeluruh bagi memastikan laluan tersebut benar-benar selamat digunakan dalam jangka masa panjang.

Difahamkan, kerja-kerja baik pulih dijangka bermula pada Jun 2026 dan disasarkan siap sepenuhnya menjelang tahun 2027.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan serta mematuhi semua arahan keselamatan yang telah ditetapkan.

Kerajaan negeri turut berharap usaha pembaikan ini dapat diselesaikan mengikut jadual demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. –MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/onnhafiz_video_1775870458280.mp4
Tags: Datuk Onn Hafiz Ghazi
Share255Tweet159SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

07/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari...

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

04/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelaburan utama serantau apabila berjaya menarik minat lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd