• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

oleh Mynewshub
10/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, semua pihak perlu bekerjasama dan bersepakat mengurus penggunaan sumber air dan bahan api secara berhemah.

Menurut beliau, situasi semasa juga menuntut semua pihak untuk mengenepikan apa jua perbezaan pandangan.

“Memilih untuk bersederhana. Tutup lampu, tutup kipas, tutup paip air. Rancang perjalanan supaya tidak guna minyak berlebihan.

“Pilih produk tempatan berbanding import. Berbelanja pada barang-barang yang perlu dan tidak membazir.

“Hargai apa yang kita ada kerana sumber negara amat berharga,” katanya pada pada Taklimat Krisis Tenaga Global hari ini.

Amir Hamzah berkata, kerajaan namun akan berusaha memastikan bekalan minyak, tenaga, barang-barang asas dan ubat-ubatan mencukupi untuk rakyat.

Menurutnya, kerajaan juga sentiasa berikhtiar supaya ekonomi negara terus terpelihara dan rakyat dilindungi.

Ujar beliau, Malaysia malah setakat ini telah menunjukkan daya tahan, daya saing dan kestabilan.

“Krisis ini membuka peluang untuk membina ketahanan ekonomi dan kita harus merebut peluang ini untuk menjadi masyarakat yang lebih dinamik dan progresif,” katanya.

Tambah beliau, negara malah akan bangkit berdaya saing dan disegani di rantau ini apabila masyarakatnya berjiwa besar, teguh dan sepakat. – MYNEWSHUB

 

Tags: airBerjiwa besarDatuk Seri Amir Hamzah AzizanelektrikjimatmasyarakatMembazirMenteri Kewangan IIminyakPenggunaan
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membangkitkan mengenai jumlah hutang semasa negara sebanyak RM1.341 trilion....

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd