• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu ada mekanisme yang berkesan, bukan biarkan rakyat ikat perut dan tanggung semua sendiri dalam berdepan kenaikan kos diesel.

Pengerusi Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen berkata, rakyat perlukan solusi, bukan menteri yang suruh rakyat tanam sayur sendiri.

“Harga sayur naik sampai 30 peratus? Ada yang kata sebab perang, ada yang kata kerajaan dah kawal melalui diesel subsidi.

“Tapi itu cuma separuh cerita,” katanya menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial.

Ivone Low berkata, lori dan pengangkutan awam memang dapat subsidi diesel, tetapi bagaimana nasib golongan petani.

Kata beliau, jentera pertanian seperti penuai, penuai pokok, pump air, generator tidak mendapat ‘fleet card’ untuk subsidi diesel.

“Maknanya mereka terpaksa guna diesel RM5.52 seliter. Bila kos naik macam ini, takkan harga sayur turun.

“Ini bukan sebab peniaga tamak. Ini kos push inflation. Kos naik, harga terpaksa naik.Jadi, jangan spin cerita konon sistem dah cukup,” katanya.

Menurut Ivone Low, realiti yang berlaku adalah sistem tidak mengawal sektor paling penting iaitu makanan.

Kata beliau, laporan media menyebut harga cili merah mencecah RM15 sekilo, manakala bendi naik dari RM7 ke RM9.

Tambah beliau, limau nipis dilaporkan naik dari RM6 ke RM10, manakala pegaga naik dari RM12 ke RM15.

“Ini bukan makanan premium. Ini makanan harian rakyat Malaysia. Kalau situasi ini terus tanpa intervensi, kos sara hidup rakyat akan melonjak dalam masa terdekat.

“Bila itu berlaku yang terkesan bukan satu golongan tapi semua rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ivone Low Yi Wen

Tags: Beliawanis MCAFleet Cardharga sayurIvone Low Yi WenPetaniSubsidi Diesel
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan terdapat isu teknikal berhubung integrasi antara sistem...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd