• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN) bertambah baik kepada 4.28 berbanding 4.36 pada tahun sebelumnya.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pencapaian itu sekali gus mengatasi Gred Purata Kebangsaan iaitu 4.42, membuktikan keberkesanan usaha berterusan dalam memperkasa sistem pendidikan negeri.

Menurut beliau, seramai 49,647 calon di Johor telah menduduki peperiksaan berkenaan, dengan 95.00 peratus atau 40,121 calon layak menerima sijil, meningkat berbanding 94.50 peratus pada tahun lalu.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak Bangsa Johor terus diperkasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga pendidik serta ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam membimbing dan menyokong para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran.

Dalam pada itu, beliau menyeru pelajar yang berjaya agar terus melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi serta memanfaatkan peluang pendidikan dan kemahiran yang tersedia.

“Kepada calon yang mungkin belum memperoleh keputusan seperti yang diharapkan, jangan berputus asa. Kejayaan tidak terhad kepada satu laluan sahaja, masih banyak ruang dan peluang untuk melangkah ke hadapan mengikut potensi masing-masing,” ujarnya.

Tambah beliau, kejayaan yang diraih hari ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan, manakala bagi yang belum berjaya, ia boleh dijadikan titik permulaan untuk bangkit dengan semangat baharu.

“Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor. Kepada Allah kita berserah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziGPNJohorKeputusan cemerlangmenteri besarSPM 2025Tahniah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd