• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan terhadap pesalah memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu antaranya mewajibkan pesalah memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain menjalani hukuman penjara.

Menurut beliau, kerajaan komited untuk terus memperkukuh undang-undang dan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Ujar beliau, MOT memandang serius kejadian nyawa terkorban angkara pemandu bawah pengaruh alkohol mahupun dadah, malah kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal berkenaan.

“MOT merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Amirul Hafiz Omar yang terbabit nahas tragis di Jalan Raya Barat, Klang, akibat pemandu berada bawah pengaruh alkohol serta dadah seperti yang dilaporkan media,” katanya dalam satu kenyataan.

Anthony Loke berkata, kehilangan itu amat menyayat hati dan insiden seperti itu bukan saja meragut nyawa tidak berdosa, malah menjadi satu bentuk kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali. – MYNEWSHUB

 

Tags: AktaalkoholAnthony Lokedadahganti rugihukumanKeluarga MangsaMenteri PengangkutanpemanduPindaan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan membenarkan...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd