• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

oleh AK-47
28/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200 liter sebulan adalah golongan berpendapatan tinggi.

Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Kang Meng Fuat ketika mengemukakan pertanyaan itu turut mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan golongan 10 peratus tersebut mampu menanggung harga minyak yang lebih tinggi.

“Golongan ini mungkin terdiri daripada pekerja yang terpaksa tinggal di kawasan pinggir bandar dan berulang-alik jauh setiap hari atau pasangan ‘hujung minggu’ yang perlu merentas negeri demi keluarga.

“Bagi mereka, lebihan 100 liter petrol bukan kemewahan, tetapi keperluan asas meneruskan kehidupan. Apabila ruang ini disempitkan, kehidupan mereka jadi lebih sukar dan tertekan, bukan seperti didakwa kerajaan ‘tidak terjejas’.

“Bagi mereka yang sebelum ini pun mendapati 300 liter tidak mencukupi, pengurangan kepada 200 liter hanya akan memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial.

Terdahulu, Meng Fuat berkata, kelemahan terbesar kerajaan Madani yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam isu harga minyak ketika ini adalah percanggahan pendirian.

Menurut beliau, PH semasa menjadi pembangkang sering menegaskan Malaysia negara pengeluar minyak dan mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN)

Kata beliau, PH ketika itu mendakwa Malaysia tidak seharusnya terkesan oleh turun naik harga minyak mentah dunia.

“Namun selepas memerintah, dakwaan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tidak terkesan oleh harga minyak dunia tidak lagi terpakai.

“Malah, 10 peratus pengguna RON95 serta pengguna diesel kini menjadi mangsa kegagalan dan janji yang dimungkiri oleh kerajaan,” katanya.

Ujar beliau, Kerajaan Madani tidak boleh hanya bergantung kepada statistik dalam menjelaskan dasar apatah menggunakan alasan `majoriti tidak terjejas’ untuk justifikasi.

“Sebelum memerintah, PH menegaskan Malaysia seharusnya mampu memanfaatkan hasil petroleum untuk membantu rakyat ketika harga minyak meningkat.

“Kini, dalam keadaan harga minyak tinggi dan kos sara hidup meningkat, rakyat pula berdepan dengan pengurangan subsidi.

“Jika negara masih mempunyai lebihan hasil petroleum, ia sepatutnya digunakan untuk mengurangkan beban rakyat, bukan melalui dasar yang tergesa-gesa dan tidak sensitif memindahkan tekanan fiskal kerajaan kepada rakyat.

“Isu ini bukan pertentangan antara 90 peratus dan 10 peratus, sebaliknya soal sama ada kerajaan benar-benar memahami kesusahan rakyat,” katanya.- MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: 10 peratus200 literBUDI RON95harga minyakMCA
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

24/07/2026
0

SEREMBAN – Rakyat Negeri Sembilan diingatkan mereka tidak terkecuali daripada penyelarasan kuota subsidi petrol RON95 yang telah dikurangkan daripada 300...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd