• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

oleh AK-47
27/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan arahan kerajaan yang menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan.

Markas ATM dalam satu kenyataan berkata, langkah itu termasuk menggerakkan aset dan sumber secara menyeluruh di semua kawasan sempadan negara melalui pendekatan bersepadu serta tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan pencatutan bahan api subsidi.

“ATM memperluaskan penggunaan teknologi pengawasan moden termasuk aset udara tanpa pemandu (UAV/dron) bagi pemantauan berterusan di kawasan berisiko tinggi. Keupayaan ini membolehkan pengesanan awal aktiviti mencurigakan, khususnya pada waktu malam serta di lokasi yang dikenal pasti sebagai hot spot penyeludupan,” kata kenyataan itu.

Bagi mempertingkat keberkesanan operasi, ATM turut memperluaskan penggunaan teknologi pengawasan moden termasuk aset udara tanpa pemandu (UAV/dron) bagi pemantauan berterusan di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, ATM memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguatkuasaan melalui perkongsian maklumat secara masa nyata serta pelaksanaan operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) termasuk agensi keselamatan lain.

Dalam masa sama, aspek perisikan turut dipertingkat melalui pengumpulan maklumat lapangan secara lebih agresif dengan kerjasama komuniti setempat dan pihak berkuasa negara jiran.

“ATM menegaskan pendirian tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan dan pencatutan bahan api subsidi serta komited memastikan keselamatan sempadan negara terus terpelihara demi melindungi kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Angkatan Tentera Malaysia

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaATMBahan ApiketirisanoperasiPenyelewengansubsidi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd