• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Disaran Lupakan Sengketa, Kembali Kepada UMNO Demi Penyatuan Melayu 

oleh AK-47
24/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bersatu Disaran Lupakan Sengketa, Kembali Kepada UMNO Demi Penyatuan Melayu 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Dr. Mohd. Yussof Latiff menyarankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali kepada UMNO dalam usaha memperkukuh penyatuan orang Melayu.

Menurut beliau, pelbagai isu besar dan sensitif yang sedang melanda ketika ini termasuk isu kewujudan kuil yang didakwa tidak sah memerlukan suara Melayu yang bersatu padu dan kuat untuk ditangani.

“Maka dalam senario ini, adalah disarankan ahli-ahli Bersatu kembali ke asalnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Bersatu sebenarnya serpihan UMNO dengan ramai pemimpinnya berasal daripada parti tersebut.

Antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menurutnya ‘berdarah’ UMNO dan cara berfikir mereka juga seperti parti itu.

Sehubungan itu, beliau berpandangan adalah wajar untuk mereka kembali kepada UMNO, lebih-lebih lagi apabila parti berkenaan kini membuka pintu kepada bekas ahlinya sama ada yang dipecat, digantung atau meninggalkan parti sebelum ini.

“Lupa sengketa lalu dan berpaut kembali kepada tunjang di mana beliau datang iaitu UMNO dan pemimpin-peminpin UMNO sekarang perlu juga melihat senario yang lebih besar dan penting.

“Keluarlah daripada kepompong mementingkan diri dan kroni. Kembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO dengan memperlihatan penyatuan dan silaturahim yang ikhlas sempena bulan mulia Aidilfitri dengan bermaaf-maafan dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik Melayu,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: keluar UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas ADUN Ayer Hangat Keluar UMNO

20/12/2018
0

ALOR SETAR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abd Hamid bersama 30 pemimpin UMNO...

Ikmal Hisham Keluar UMNO

14/12/2018
0

TANAH MERAH - Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, mengumumkan keluar UMNO serta meletakkan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd