• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikmal Hisham Keluar UMNO

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, mengumumkan keluar UMNO serta meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Tanah Merah.

Katanya, keputusan nekad itu diambil demi kebaikan warga Tanah Merah dan juga untuk mengembalikan kuasa Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini beliau belum bercadang menyertai parti lain.

“Saya akui mungkin ada yang tidak faham dengan tindakan yang saya ambil ini. Namun saya pasti masa akan menentukan dan rakyat boleh menilai sama adakah tindakan saya ini betul.

“Saya hanya mahu memastikan pembangunan di Tanah Merah yang sekian lama kita usahakan ini diteruskan dan tidak berhenti setakat ini sahaja,” katanya.

Pengumuman keluar parti itu dibuat di hadapan hampir 800 penyokong dan pimpinan UMNO Tanah Merah dalam pertemuan ringkas di Dewan UMNO Gual Ipoh di sini, hari ini.

Ikmal Hisham berkata, keputusan keluar parti itu sudah difikirkan agak lama dan beliau sendiri ada berjumpa dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih awal berhijrah.

“Saya akui memang sukar untuk membuat keputusan kerana sudah lama bersama pasukan UMNO. Bagaimanapun saya bersyukur ahli jawatankuasa UMNO Tanah Merah memahami keputusan saya.

“Saya cukup berterima kasih kepada mereka yang tidak menghalang keputusan saya walaupun pada masa sama mereka tidak menyokong apa yang saya lakukan.

“Keputusan nekad ini dibuat dua hari lepas sebelum saya umumkan hari ini. Namun saya tahu nama saya sudah lama tersebar berhubung isu keluar parti,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Ahli Parlimenkeluar UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd