• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Malaysia Tidak Dapat Kebenaran Iran Untuk Gunakan Selat Hormuz? – Ramasamy

oleh AK-47
23/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mengapa Malaysia Tidak Dapat Kebenaran Iran Untuk Gunakan Selat Hormuz? – Ramasamy
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa Malaysia tidak mendapat kebenaran Iran untuk melalui Selat Hormuz.

Menurut beliau, Iran hanya memberi kebenaran kepada negara seperti China, India, Pakistan, Jepun dan Rusia untuk menggerakkan kapal mereka melalui selat tersebut tanpa sebarang masalah.

“Sekiranya kira-kira 50 peratus bekalan bahan api ke Malaysia melalui selat ini, maka Anwar (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sepatutnya menggunakan saluran diplomatiknya untuk mendapatkan kebenaran Iran.

“Persoalannya mengapa Iran tidak memberikan kebenaran kepada kapal Malaysia untuk melalui selat tersebut tanpa sebarang halangan?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Ramasamy seterusnya mempersoalkan adakah situasi itu boleh ditafsirkan bahawa Malaysia tidak berada dalam hubungan baik dengan kerajaan Iran.

Dakwa beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering digelar sebagai salah seorang pemimpin utama dunia Islam, tetapi dilihat tidak mempunyai pengaruh dengan kepimpinan di Iran.

“Sekiranya Anwar benar-benar mempunyai pengaruh dengan Iran, kapal-kapal yang menuju ke Malaysia yang membawa bahan api tidak akan menghadapi masalah untuk belayar melalui Selat Hormuz,” dakwanya.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya keadaan itu disebabkan Malaysia membenarkan dua kapal tentera laut Amerika Syarikat berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.

“Bagaimanakah Malaysia boleh memberikan kebenaran tersebut sedangkan diketahui bahawa kapal-kapal itu dalam perjalanan ke zon peperangan di Timur Tengah?

“Jika harga minyak melonjak akibat perang tersebut, maka Malaysia sendiri tidak membantu keadaan dengan dilihat memihak dalam konflik itu,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Prof. Dr. Ramasamy

Tags: Dr P Ramasamy
Share213Tweet133SendShare

Related Posts

Keuntungan Petronas Lebih RM30 Bilion Boleh Tampung Subsidi Minyak RM3.2 Bilion – Ramasamy

Keuntungan Petronas Lebih RM30 Bilion Boleh Tampung Subsidi Minyak RM3.2 Bilion – Ramasamy

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy menegaskan hasil...

Mengapa Wakil Hindu Perlu Duduk Semeja Dengan Penentang Kuil ‘Haram’? – Ramasamy

Mengapa Wakil Hindu Perlu Duduk Semeja Dengan Penentang Kuil ‘Haram’? – Ramasamy

22/03/2026
0

Oleh Mynewshuh   KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mendakwa penganjur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd