• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Selangkah Ke Hadapan Dalam Tanggungjawab Sosial 

oleh Mohd Arshad
21/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Selangkah Ke Hadapan Dalam Tanggungjawab Sosial 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

Dalam dunia korporat moden hari ini, istilah Corporate Social Responsibility (CSR) atau dalam bahasa Melayu Tanggungjawab Sosial Korporat bukan lagi asing.

CSR merujuk kepada komitmen sesebuah organisasi untuk menyumbang semula kepada masyarakat sama ada melalui kebajikan, pendidikan, alam sekitar atau pembangunan komuniti.

Persoalannya, kenapa semakin banyak organisasi terkemuka berlumba-lumba melaksanakan CSR?

Jawapannya mudah, dunia kini menuntut nilai kemanusiaan.

Sessbuah organisasi bukan sahaja dinilai berdasarkan keuntungan, tetapi juga sejauh mana mereka memberi impak positif kepada masyarakat.

Lihat sahaja gergasi dunia seperti Google, Microsoft dan Coca-Cola aktif melaksanakan pelbagai program CSR, daripada pendidikan digital, bantuan bencana sehingga inisiatif kelestarian alam sekitar.

Ini membuktikan CSR sudah menjadi DNA penting dalam dunia korporat global. Manfaatnya? Bukan kecil.

CSR membantu meningkatkan imej organisasi, membina kepercayaan masyarakat, mengukuhkan hubungan dengan pelanggan serta memberi motivasi kepada pekerja.

Dalam erti kata lain, CSR bukan sekadar memberi, tetapi juga pelaburan jangka panjang kepada reputasi dan kelangsungan.

Di Malaysia, jika bercakap soal CSR yang benar-benar konsisten dan berimpak tinggi, tidak sah jika tidak menyebut Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kelab bola sepak ini bukan sahaja gah di padang, malah menjadi contoh terbaik bagaimana sukan boleh menjadi platform kebajikan.

Bawah kepimpinan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT dilihat berada selangkah ke hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

Pendekatan mereka jelas membantu tanpa mengira latar belakang demi kesejahteraan rakyat Johor.

Terbaharu menerusi JDT Ramadan Special, kelab ini sekali lagi mencuri perhatian.

Dalam Episode 4, JDT berganding bahu dengan IKEA untuk membantu keluarga kurang berkemampuan menaik taraf kediaman mereka.

Bukan sekadar ubah suai rumah, tetapi mengembalikan maruah, keselesaan dan kegembiraan menjelang Ramadan dan Syawal.

Program ini membuktikan bahawa bantuan tidak semestinya besar untuk memberi impak yang mendalam.

Sentuhan kecil jika ikhlas mampu mengubah kehidupan seseorang. Inilah semangat sebenar di sebalik slogan ‘JDT For All’

Episode 1 program sama turut menyaksikan kehadiran pemain JDT ke KPJ Johor Specialist Hospital.

Menceriakan pesakit, khususnya kanak-kanak, sekali gus memberi suntikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang melawan penyakit.

Inisiatif seperti ini jelas menunjukkan bahawa JDT bukan sekadar kelab bola sepak, tetapi sebuah institusi yang memahami tanggungjawab sosial.

Mereka tidak hanya mengejar kejuaraan, tetapi turut memastikan komuniti tidak terpinggir. CSR seperti yang ditunjukkan JDT ini wajar dijadikan contoh kelab lain.

Dalam dunia yang semakin mencabar, nilai empati dan kepedulian adalah aset paling berharga.

Syabas JDT, syabas Tunku Ismail. Inilah definisi sebenar ‘Hidup Johor Demi Johor’ –MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd