• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekerja Dari Rumah ‘WFH’ Tidak Tangani Isu Sebenar Kos Sara Hidup 

oleh Mohd Arshad
20/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bekerja Dari Rumah ‘WFH’ Tidak Tangani Isu Sebenar Kos Sara Hidup 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menggalakkan bekerja dari rumah atau ‘work form home’ (WFH) tidak mencukupi untuk menangani punca sebenar kenaikan kos sara hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PKS MCA, Datuk IR Lawrence Low berkata, langkah itu termasuk amalan penjimatan kos oleh kerajaan masih bersifat permukaan.

“Pertumbuhan gaji terus ketinggalan berbanding peningkatan kos sara hidup menyebabkan tekanan yang semakin berat kepada isi rumah serta berpotensi meningkatkan keresahan sosial dan ketidakstabilan ekonomi.

“Apa yang diperlukan sekarang adalah campur tangan dasar yang tegas,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di laman Facebook MCA.

Terdahulu, Lawrence berkata, lonjakan mendadak harga diesel secara terkumpul sebanyak RM1.60 dalam tempoh hanya dua minggu menimbulkan kebimbangan besar.

Dakwa beliau, kenaikan pantas itu berisiko menyebabkan kos pengangkutan menjadi tidak terkawal sekali gus mencetuskan kesan berantai dalam ekonomi.

“Jika kerajaan gagal bertindak segera, keadaan ini boleh berkembang menjadi krisis inflasi yang lebih luas,” dakwanya.

Lawrence berkata, diesel merupakan komponen penting dalam sektor utama termasuk logistik, pembinaan, pertanian dan rantaian bekalan makanan.

Katanya, apabila harga diesel meningkat, kos pengangkutan turut melonjak dan dipindahkan sepanjang rantaian bekalan yang akhirnya ditanggung pengguna.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menerima kesan paling besar. Ramai yang sudah beroperasi dengan aliran tunai yang ketat dan margin keuntungan yang kecil.

“Kini terpaksa memilih sama ada menyerap kos yang meningkat atau memindahkannya kepada pengguna.

“Ini boleh menyebabkan penutupan perniagaan atau pemberhentian pekerja sekali gus menjejaskan peluang pekerjaan,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: MCA
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

20/07/2026
0

SEREMBAN - MCA mengucapkan terima kepada Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook kerana mengingatkan MCA tidak pernah memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd