Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU – Dominasi luar biasa Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah Liga Super Malaysia terus mencipta sejarah apabila beberapa rekod baharu berjaya diperbaharui setakat 15 Mac 2026.
Kelab yang digelar Harimau Selatan itu kini memegang rekod kejuaraan liga terbanyak dengan 12 gelaran berturut-turut, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai kuasa dominan bola sepak tempatan sejak lebih sedekad lalu.
Bukan itu sahaja, JDT juga mencatat rekod kemenangan terpanjang Liga Super apabila berjaya meraih 36 kemenangan berturut-turut, satu pencapaian yang bermula sejak Ogos 2024 dan masih berterusan sehingga kini.
Selain itu, pasukan dari selatan tanah air tersebut turut memegang rekod tanpa kalah paling lama dalam Liga Super dengan 103 perlawanan, satu rekod menakjubkan yang bermula sejak April 2021.
Kehebatan Harimau Selatan turut terserlah apabila mereka mencipta rekod tanpa kalah di tempat lawan paling lama dengan 83 perlawanan, bermula sejak Mac 2018, sekali gus membuktikan keupayaan konsisten pasukan itu walaupun beraksi di gelanggang lawan.
Rentetan pencapaian ini mengukuhkan lagi reputasi Johor Darul Ta’zim sebagai antara kelab paling dominan dalam sejarah Liga Super Malaysia.
Selain terus menjadi penanda aras kepada kelab-kelab lain dalam pembangunan dan prestasi bola sepak tempatan. – MYNEWSHUB
Sumber Info: Johor Southern Tigers


