• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syukur Jadi Rakyat Malaysia, Aman Harmoni – Menteri Agama 

oleh AK-47
12/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Syukur Jadi Rakyat Malaysia, Aman Harmoni – Menteri Agama 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru terus mempertahankan keamanan dan keharmonian negara walaupun dunia kini berdepan pelbagai ketidaktentuan serta cabaran ekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan berkata, Malaysia masih mampu menikmati suasana aman dan pertumbuhan yang membanggakan hasil kestabilan yang dikecapi selama ini.

Menurutnya, keadaan tersebut membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai skim serta bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Syukur alhamdulillah. Walaupun dunia dalam serba ketidaktentuan dan keadaan ekonomi semakin mencabar, negara kita terus menikmati keamanan dan pertumbuhan yang membanggakan.

“Dengan kestabilan dan keharmonian ini pelbagai skim dan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat. Syukur jadi rakyat Malaysia, alhamdulillah,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Tambah beliau, rakyat juga perlu bersatu mempertahankan keamanan negara serta menolak sebarang unsur yang boleh menggugat keselamatan dan mencetuskan perbalahan dalam masyarakat.

“Jom semua kita pertahankan keharmonian dan keamanan Malaysia. Kita tolak segala unsur dan anasir yang cuba mengganggu gugat keselamatan serta mencetuskan perbalahan.

“Terus bersyukur dan fokus untuk menyebarkan kebaikan,” ujarnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: FB Zulkifli Hassan

Tags: Menteri Agama
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu perarakan didakwa mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berlangsung di ibu...

Berstatus Ulama Buat Tuduhan Tidak Bertanggungjawab – Menteri Agama

Berstatus Ulama Buat Tuduhan Tidak Bertanggungjawab – Menteri Agama

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan membidas tindakan individu berstatus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd