• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranti Mencurigakan Dilempar Dekat Kediaman Datuk Bandar New York, Polis Jalankan Siasatan

oleh Mohd Arshad
08/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Peranti Mencurigakan Dilempar Dekat Kediaman Datuk Bandar New York, Polis Jalankan Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

NEW YORK – Polis New York (NYPD) sedang menyiasat satu insiden kecoh selepas beberapa peranti mencurigakan dilaporkan dibaling berhampiran kediaman rasmi Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, dalam kejadian yang mencetuskan panik di kawasan tersebut.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/03/nauman_feroz_video_1772945843666.mp4

Menurut laporan media antarabangsa, kejadian berlaku berhampiran Gracie Mansion, kediaman rasmi Datuk Bandar New York, ketika sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di kawasan itu.

Dalam insiden berkenaan, beberapa individu dipercayai telah membaling objek buatan sendiri yang mengandungi bahan seperti skru dan bolt, menyebabkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri.

Susulan kejadian itu, pihak polis dilaporkan telah menahan beberapa individu bagi membantu siasatan.

Setakat ini, pihak berkuasa masih meneliti sama ada objek yang digunakan merupakan peranti letupan sebenar atau sekadar alat improvisasi seperti bom asap.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Insiden itu turut tular di media sosial selepas beberapa pihak mendakwa ia sebagai cubaan serangan terhadap Datuk Bandar New York.

Namun begitu, pihak berkuasa menegaskan bahawa Zohran Mamdani tidak berada di kediaman tersebut ketika kejadian berlaku, dan tiada pengesahan rasmi bahawa insiden berkenaan merupakan cubaan pembunuhan.

Sementara itu, polis New York memaklumkan bahawa langkah keselamatan di sekitar Gracie Mansion telah dipertingkatkan, sementara siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.-MYNEWSHUB

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd