• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

380,313 Syarikat Berdaftar Di Bawah GST Sehingga Semalam

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu hari ini, sebanyak 380,313 syarikat dan entiti telah berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga semalam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata jumlah tersebut melebihi sasaran asal kerajaan yang menjangkakan 240,000 syarikat akan berdaftar di bawah GST.

Menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat katanya, “Kita dapati persediaan di kalangan syarikat besar adalah lebih tinggi untuk berdaftar dengan GST berbanding syarikat kecil dan sederhana.

“Oleh itu kerajaan akan meneruskan usaha-usaha penerangan kepada syarikat-syarikat ini berkenaan GST, ” tambahnya.

Ahmad mahu kementerian kewangan menyatakan tahap dan suasana pelaksanaan GST dan langkah bagi mendepani kelemahan berkaitan pelaksanaannya.

Menurut Ahmad Maslan, sehingga 30 Mei lepas, kira-kira 500 sesi program ‘hand holding’ telah dijalankan melibatkan 59,000 orang dari pelbagai sektor perniagaan dan dijangkakan sebanyak 250 lagi program serupa akan diadakan di masa depan bagi memenuhi keperluan entiti perniagaan.

“Kastam juga telah menubuhkan meja bantuan GST di setiap negeri untuk membimbing peniaga menguruskan GST.

“Panduan menyeluruh dalam portal Jabatan Kastam disediakan untuk peniaga buat tuntutan atau bayaran GST,” katanya.

Tambahnya sebanyak 42 pertemuan Jabatan Kastam bersama pelanggan telah dijadualkan bermula 8 Jun lepas hingga 3 Julai depan bagi membantu pelanggan yang mempunyai masalah dengan GST.

Beliau berkata sebagai usaha melancarkan pelaksanan GST, Jabatan Kastam juga telah membuat pengambilan pegawai baru seramai 805 orang, penempatan semula seramai 1,143 pegawai mengikut keperluan dan 557 pegawai audit GST.

Beliau menambah sehingga semalam, kutipan import GST berjumlah RM3.37 bilion manakala kutipan bersih tempatan pula ialah berjumlah RM2.95 bilion. – BERNAMA

 

Tags: GSTsyarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd