• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunyi Mercun Punya Tewas Kepada JDT?

Jurulatih Dakwa Pemain Sanfrecce Hiroshima Tak Cukup Tidur Bunyi Mercun

oleh Mohd Arshad
05/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bunyi Mercun Punya Tewas Kepada JDT?
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Pengendali Sanfrecce Hiroshima memberi alasan agak melucukan apabila mendakwa antara faktor pemainnya tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi malam tadi kerana tidak cukup tidur.

Bartosch Gaul mendakwa, pemain Sanfrecce Hiroshima tidak dapat tidur yang mencukupi akibat bunyi mercun terlalu kuat di luar hotel sebelum perlawanan berlangsung menyebabkan pasukannya tewas 3-1.

“Pemain berdepan dengan pelbagai isu sebelum perlawanan seperti tempoh perjalanan yang panjang, cuaca panas dan kering serta tidak mendapat tidur yang berkualiti apabila dikejutkan dengan dentuman bunga api di luar hotel.

“Ia menyebabkan perlawanan ini sukar buat kami. Bagaimanapun, pemain telah melakukan tugas dengan baik malah hampir menjaringkan gol kedua perlawanan,” dakwanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan Pusingan 16 (1) Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) 2025-26 antara JDT menentang Sanfrecce Hiroshima di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Gaul seterusnya mendakwa kad merah yang dilayangkan kepada Kim Ju Sung menjejaskan taktikal permainan pasukan itu kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Justeru, katanya, Sanfrecce Hiroshima perlu mendapatkan gol awal dalam aksi timbal balik di Edion Peace Wing Hiroshima, Jepun untuk memberi tekanan kepada JDT. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd