• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor; PKR Mahu Bertanding 28 Kerusi DUN, BN Bertanding Berapa Kerusi? 

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor; PKR Mahu Bertanding 28 Kerusi DUN, BN Bertanding Berapa Kerusi? 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewsbub

JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mengenal pasti 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, meskipun parti itu hanya memenangi satu kerusi pada PRN lalu.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerusi itu dikenal pasti semasa Pemukiman Bengkel Pilihan Raya Keadilan 2026 oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor selama dua hari pada 28 Februari dan 1 Mac lalu di Muar.

Menurut beliau, sasaran sebanyak 28 kerusi DUN Johor akan ditandingi PKR itu telah pun dikemukakan kepada Naib Presiden parti, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

“Penetapan itu dibuat selepas penyelarasan kekuatan organisasi melibatkan 26 cabang PKR Johor, dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang dikenal pasti mempunyai potensi saingan lebih kukuh berdasarkan kedudukan semasa parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Zaliha berkata, PKR Johor namun mengambil pendekatan terbuka terhadap pelbagai kemungkinan landskap politik termasuk situasi pertandingan tiga penjuru, kesinambungan kerjasama dalam kerangka Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta kemungkinan PRN diadakan serentak atau berasingan dengan Pilihan Raya Umum (PRU)

Langkah PKR menyasarkan 28 kerusi itu namun dilihat berpotensi memberi implikasi besar terhadap pembahagian kerusi sekiranya kerjasama antara PH dan BN diteruskan pada PRN akan datang.

Ini kerana BN pada PRN Johor sebelum ini mencatat kemenangan besar sebanyak 40 daripada 56 kerusi, impak daripada pengaruh bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil

Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang...

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah memaklumkan sahabatnya, Joy Reyzal ditahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd