• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Sindir ‘Semua Salah JDT’

oleh Mohd Arshad
01/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Sindir ‘Semua Salah JDT’
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail membuat sindiran padu ‘Semua Salah JDT’ menerusi laman media sosial hari ini.

Sindiran itu ditujukan kepada pihak yang gemar menunding jari kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menutup kegagalan masing-masing.

Baginda bertitah, JDT satu-satunya kelab yang menyumbang kepada ranking ‘Member Association’ (MA) dan pasukan dari Malaysia hanya bermain di Asia atas tiket Harimau Selatan.

“Kita adalah satu-satunya kelab yang menyumbang mata. Yang ada hanya pandai drama depan penyokong sendiri untuk tutup kegagalan masing-masing. Pergi Asia pun atas tiket JDT

“Asyik main skrip yang sama setiap tahun. Kita didengki, VAR (video bantuan pengadil) salah, pengadil salah, semua salah JDT, salah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), tetapi diri sendiri tak pernah salah,” titah baginda.

Baginda meninggalkan komen itu di laman Instagram Official Johor sebagai reaksi balas berhubung kedudukan ranking MA Malaysia yang kini berdepan risiko.

Mynewshub sebelum ini melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia sebagai berkata, JDT sejak 2019 telah secara konsisten layak ke AFC Champions League Elite sekali gus menunjukkan prestasi yang membanggakan.

“Ia sentiasa merupakan satu penghormatan untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC Elit. Setiap perlawanan sentiasa mencabar kelab untuk terus melangkaui batas kemampuan.

“Inilah tahap yang kami mahu saingi pada setiap musim, namun kami tidak pasti berapa lama kedudukan ‘Member Association’ (MA) Malaysia mampu bertahan jika hanya JDT menyumbang majoriti mata,” katanya dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB

Tags: JDTTunku Ismail
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd