• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Persoal Mengapa Facebook Firdaus Wong Disekat

oleh Mohd Arshad
01/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Persoal Mengapa Facebook Firdaus Wong Disekat
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, mempersoalkan sekatan yang dikenakan terhadap laman Facebook milik pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Dalam satu kenyataan, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai menimbulkan tanda tanya mengenai prinsip kebebasan bersuara yang sering dilaungkan sebelum ini.

“Apa cerita ni? Adakah ini dinamakan sebagai kebebasan bersuara? Yang dikenakan sekatan kepada satu pihak sahaja, sedangkan pihak yang lain tidak dikenakan sekatan apa-apa,” katanya semalam.

Menurut Akmal, situasi berkenaan bercanggah dengan pendirian terdahulu sesetengah pihak ketika berada di blok pembangkang.

“Dulu masa jadi pembangkang bukan main lagi bercakap tentang kebebasan bersuara, hari ini dah lain pula cerita,” ujarnya.

Sementara itu, Firdaus Wong mendakwa laman Facebook beliau yang mempunyai lebih 600,000 pengikut telah disekat daripada akses pengguna di Malaysia.

Beliau mendakwa sekatan tersebut dibuat atas arahan tertentu dan telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Firdaus turut mendakwa beliau tidak pernah menerima sebarang notis dakwaan pelanggaran peraturan terhadap mana-mana kandungannya sebelum ini.

Beliau meminta orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini darinya melalui akaun media sosial lain miliknya sementara isu sekatan tersebut ditangani. – MYNEWSHUB

Tags: Akmal SalehDatuk Dr Muhamad Akmal Saleh
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru pemimpin Melayu Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri....

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd