• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Cipta Kejutan, Tewaskan Vissel Kobe 1-0

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Cipta Kejutan, Tewaskan Vissel Kobe 1-0
Share on FacebookShare on Twitter

Tahniah JDT!!!

Johor Darul Ta’zim (JDT) Cipta Kejutan, Tewaskan Vissel Kobe 1-0 Dan Lolos Ke Pusingan Kalah Mati ACLE

ISKANDAR PUTERI – Misi Johor Darul Ta’zim untuk melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berjaya direalisasikan selepas melakar kemenangan sensasi 1-0 ke atas gergasi Jepun, Vissel Kobe, dalam perlawanan sengit di Stadium Sultan Ibrahim, malam Selasa.

Kejayaan bersejarah itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik ACLE, sekali gus meneruskan cabaran di pentas elit Asia.

Sejak wisel permulaan ditiupkan, JDT yang turun dengan misi wajib menang mempamerkan aksi agresif dan berintensiti tinggi, kerap mengasak kubu pertahanan pasukan pelawat yang dibimbing Michael Skibbe.

Pada separuh masa pertama, JDT hampir membuka tirai jaringan menerusi rembatan padu Nené dari dalam kotak penalti, namun jaringan tersebut dibatalkan pengadil selepas didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

Memasuki babak kedua, tekanan berterusan tuan rumah hampir membuahkan hasil apabila Marcos Guilherme menjaringkan gol pada minit ke-58 hasil umpanan Bergson da Silva, namun sekali lagi jaringan itu dinafikan kerana ofsaid.

Kebuntuan akhirnya terlerai pada minit ke-74 apabila Guilherme menebus kekecewaan dengan tenang menyudahkan hantaran lolos Jairo da Silva untuk menewaskan penjaga gol Vissel Kobe, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh penyokong di SSI.

Jaringan tunggal tersebut kekal sehingga tamat perlawanan, menyaksikan JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan keenam Zon Timur dengan 11 mata, seterusnya berada dalam kelompok lapan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati.

Kejayaan ini turut dianggap sebagai ‘dendam terbalas’ buat Harimau Selatan selepas pernah dibelasah 1-5 oleh Vissel Kobe dalam pertemuan terdahulu pada Februari 2020, ketika kelab Jepun itu diperkuat bekas bintang Barcelona, Andrés Iniesta.

Prestasi cemerlang ini sekali lagi mengukuhkan reputasi JDT sebagai wakil Malaysia yang konsisten dan berdaya saing di pentas bola sepak Asia.

Tags: JDT
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd