• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

oleh Mohd Arshad
25/01/2026
dalam Terkini
0
Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah Kecil Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Indonesia, semalam.

Wisma Putra berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa Indonesia.

“Kementerian ini mengesahkan setakat ini, tiada warganegara Malaysia dilaporkan terkesan akibat insiden ini.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sudah menghubungi wakil pelajar dan rakyat Malaysia yang berdaftar di Bandung Barat, selain berhubung secara aktif dengan Kementerian Luar Indonesia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada anggota keluarga mangsa yang terbabit dan mendoakan usaha mencari serta menyelamat yang sedang digerakkan pihak berkuasa Indonesia dipermudahkan.

“Kementerian ini akan terus memantau insiden itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui talian +62 813 8081 3036 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my.

Bernama-

Tags: Bandung Baratrakyat Malaysiatanah runtuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd