• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

oleh Mohd Arshad
19/01/2026
dalam Jenayah
0
Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga emas, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah memerintahkan Muhammad Huzairi Razali, 41, menjalani hukuman penjara 30 tahun bagi setiap pertuduhan.

Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh, turut memerintahkan Muhammad Huzairi dikenakan 24 sebatan bagi kesalahan tersebut.

Dalam penghakimannya, Azman berkata, Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam menolak pembelaan Muhammad Huzairi untuk membuktikan dia berada dalam keadaan tidak waras, selain mengesahkan bahawa sabitan terhadap tertuduh adalah selamat.

Bagaimanapun, beliau berkata, mahkamah membenarkan sebahagian rayuan Muhammad Huzairi berhubung hukuman, dengan mengambil kira bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara.

Justeru, Azman berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tersebut dilaksanakan secara berasingan kerana kesalahan itu melibatkan dua mangsa dan dilakukan di tempat berbeza.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Huzairi didakwa membunuh Ku Cheng Liong@Ku Sot, 71, di sebuah kedai kopi di Jalan Abdullah Pekan Kasap, Segamat pada 5.50 petang, 12 Julai 2019.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Ng Wan Hong, 67, di hadapan kedai menjual durian di Jalan Ibrahim, Pekan Buloh Kasap, pada 6.03 petang hari sama.

Pada 27 Jan 2024, Mahkamah Tinggi Muar menjatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah membunuh dua warga emas terbabit.

Berdasarkan fakta kes, Muhammad Huzairi menyerang Ku dengan parang di sebuah kedai kopi, mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Muhammad Huzairi kemudian beredar ke gerai menjual durian dan menikam Ng dengan parang ketika pergelutan berlaku.

Mangsa kedua pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Buloh Kasap akibat cedera parah.

Dalam pembelaannya, Muhammad Huzairi mendakwa tidak mengingati insiden berkenaan dan menyatakan dia mengalami masalah mental.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rafidah Zainuddin manakala tertuduh diwakili peguam Abraham Mathew.

-Harian Metro

Tags: bunuhHukuman Gantungwarga emas
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd