• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

oleh Mohd Arshad
14/01/2026
dalam Politik
0
UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga ‘garis merah’ semata-mata kerana parti itu menjadi sebahagian gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tiga ‘garis merah’ itu ialah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera; kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja Melayu.

“Kita perlu menghantar isyarat yang jelas, keras dan tuntas khususnya kepada golongan berhaluan kiri, kelompok liberal atau sekutu politik yang cuba menangguk di air keruh (menyentuh isu berkenaan).

“Jangan sesekali melanggar garis merah ini,” katanya berucap merasmikan mesyuarat serentak Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Ghani; Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Bendahari, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Ketua Penerangan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh serta Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta kepimpinan ketiga-tiga sayap parti itu.

Mohamad juga mengingatkan parti rakan dalam Kerajaan Perpaduan supaya tidak menganggap UMNO sudah tumpul taringnya hanya kerana berada dalam satu Kabinet.

“Kita akan bangun, bersuara dan menentang habis-habisan sesiapa juga, kawan atau lawan yang cuba merobek tiga teras utama ini.

“Ini adalah amaran keras. Kita sedia bekerjasama demi rakyat dan negara, tetapi jika tangan gatal mula sentuh agama, bangsa dan raja kami, tangan itu akan kami tepis dengan segala kekuatan yang ada,” katanya.

Mohamad mengakui landskap politik sentiasa berubah, menyebabkan gabungan boleh bertukar, namun menegaskan prinsip parti itu akan kekal bersama UMNO.

Beliau juga menolak anggapan kononnya UMNO parti ‘pak turut’ kerana pemimpin parti dalam kerajaan sedang dan sudah melakukan prinsip berkenaan ketika di dalam Kabinet.

“Jangan siapa-siapa ingat UMNO ini ‘melukut di tepi gantang. UMNO adalah penyemak imbang yang paling efektif dari dalam kerajaan.

“Walaupun kerusi kita tidak banyak, suara kita di Kabinet adalah suara penentu. Kita pastikan tiada dasar yang melampau, tiada dasar yang merugikan orang Melayu, dibiarkan begitu saja,” katanya.

Sebagai bukti, Mohamad berkata pimpinan UMNO dalam kerajaan melakukan tiga perkara yang beliau sifatkan sebagai ‘perisai Melayu’ iaitu parti mahu supaya cadangan pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Bandar ditangguhkan; menghalang cadangan pilihan raya kerajaan tempatan dan memperkasa agenda Bumiputera.

Tolak dakwaan agenda Melayu mati

Menolak dakwaan ‘agenda Melayu mati di bawah Kerajaan Perpaduan’, Mohamad berkata Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) berjalan lancar, MARA tidak disentuh, manakala TEKUN dan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) terus dibela dan ditambah dana pelaburannya.

Beliau berkata UMNO juga memperjuang pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain mengusahakan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad berkata dalam apa juga keadaan, UMNO tidak akan apologetik dalam mempertahankan hak bangsa.

“Kita boleh berkongsi kuasa, tetapi tidak akan bekerjasama atau menggadaikan maruah bangsa.

“Selain itu, Islam adalah agama Persekutuan dan tiang seri negara. Sebarang cubaan untuk menyamaratakan agama, membawa agenda pluralisme melampau atau memperlekeh institusi Islam atas tiket hak asasi atau kebebasan bersuara tidak akan diterima.

“UMNO akan menjadi benteng paling hadapan menentang sebarang dakyah untuk cuba merungkaikan kedudukan Islam di tanah air ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Perhimpunan Agung UMNOTok MatUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd