• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Agung Parti PBB Hargai Khaled, Tok Mat Bawa Pendekatan Rasional Dalam Penyatuan Melayu

oleh Mynewshub
22/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Setiausaha Agung Parti PBB Hargai Khaled, Tok Mat Bawa Pendekatan Rasional Dalam Penyatuan Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mohamad Hasan atas pandangan mereka mengenai keperluan mengurus politik kaum serta penyatuan Melayu secara rasional, sederhana dan inklusif.

Alexander Nanta berkata, pendekatan itu penting ketika politik negara mudah terheret kepada sentimen kaum dan agama, sambil menyifatkan seruan kepada kesederhanaan, rasionaliti dan keterangkuman sebagai sesuatu yang amat dialu-alukan.

Menurutnya, Mohamed Khaled menekankan bahawa penyatuan Melayu perlu diterjemahkan dengan cara yang mewujudkan rasa hormat, kebersamaan dan keselamatan, bukannya menerusi pendekatan ekstrem atau menakutkan.

Pandangan Mohamed Khaled mengenai kepentingan penyatuan Melayu turut dilaporkan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026, apabila beliau menegaskan keperluan memastikan penyatuan itu mendapat keyakinan rakan politik di Sabah dan Sarawak.

Alexander Nanta berkata, Mohamad atau Tok Mat pula mengingatkan tindakan politik tidak seharusnya mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat bukan Melayu serta masyarakat Sabah dan Sarawak.

Mohamad sebelum ini turut menegaskan UMNO perlu mengamalkan politik inklusif dan tidak menyinggung kaum lain, selain menyatakan bahawa pendekatan sederhana perlu menjadi asas dalam kerjasama politik.

“Kita tidak mahu melihat masyarakat Melayu berpecah. Pada masa yang sama, kita juga tidak mahu usaha untuk menyatukan mana-mana kaum akhirnya menyebabkan kaum lain berasa tersisih, terancam atau tidak lagi mempunyai tempat yang sama dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Alexander Nanta, selepas Malaysia mencapai usia 63 tahun, rakyat perlu semakin matang memahami bahawa kekuatan negara sejak awal pembentukannya terletak pada kemampuan masyarakat hidup bersama dalam kepelbagaian.

Setiausaha Agung PBB turut mengimbau pesanan mendiang datuknya, Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Barieng, antara tokoh penting dalam pembentukan Malaysia, iaitu: “Anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung.”

Beliau menjelaskan pesanan itu membawa maksud janganlah Malaysia menjadi seperti tebu yang manis pada pangkalnya tetapi tawar di penghujungnya, sekali gus menjadi peringatan supaya semangat, janji dan kepercayaan yang melahirkan Malaysia terus dipelihara.

Alexander Nanta berharap Malaysia akan terus kekal kukuh melalui keadilan, sikap saling menghormati dan keyakinan antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah serta semua kaum dan agama. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Alexander Nanta Linggi

Tags: Bawa Pendekatan RasionalHargaiKhaledParti PBBPenyatuan Melayusetiausaha agungTok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan parti itu adalah parti...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd