• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Akan Bukti Kemampuannya Kurangkan Paras Hutang

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka mengambil langkah tambahan bagi mengurangkan paras keseluruhan hutangnya selepas membuat membuat bayaran balik pinjaman sebanyak US$975 juta.

Syarikat pelaburan strategik itu juga akan membuat pengumuman lanjut pada minggu-minggu akan datang yang turut menyaksikan lebih banyak pembayaran balik hutangnya.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan dan Kementerian Kewangan sewajarnya diberi masa serta peluang untuk meneruskan usaha itu dalam usaha memastikan lebih banyak perkembangan berkaitan, dapat dicapai.

Semalam, 1MDB telah membuat bayaran penuh pinjamannya berjumlah US$975 juta kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa, seiring pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kabinet.

Matlamat utama pelan itu adalah untuk mengurangkan paras keseluruhan hutangnya sebanyak RM42 bilion dalam akaun kewangan terakhirnya.

Bayaran balik itu dibuat kurang 10 hari selepas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan itu kepada Kabinet pada 29 Mei lepas.

1MDB telah membuat bayaran penuh US$975 juta itu yang berbulan-bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Berikutan itu, 1MDB telah mengurangkan hutang sebanyak RM3.6 bilion iaitu hampir lapan peratus daripada jumlah hutangnya.

Ini turut memaparkan komitmen serta kemampuan 1MDB dan Kementerian Kewangan menangani paras hutang syarikat berkenaan. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018  – Sheikh Umar

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018 – Sheikh Umar

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempertahankan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan semula isu Najib dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd