• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartel Jual Beli Kenderaan Mewah Digempur

oleh Mohd Arshad
19/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kartel Jual Beli Kenderaan Mewah Digempur
Share on FacebookShare on Twitter

HASiL Bongkar Ketidakpatuhan Cukai Cecah RM70 Juta

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) baru-baru ini melancarkan satu operasi besar-besaran terhadap sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel jual beli kenderaan mewah, dipercayai gagal melaporkan pendapatan sebenar bernilai sekitar RM70 juta.

 

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan serentak di tiga lokasi utama di Lembah Klang, melibatkan premis perniagaan syarikat berkenaan, kediaman pengarahnya dan sebuah firma juruaudit.

 

Tindakan penggeledahan turut dilakukan untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti berkaitan ketidakpatuhan cukai.

 

Menurut kenyataan, siasatan awal mendapati syarikat terbabit tidak melaporkan pendapatan sebenar hasil transaksi jualan kenderaan mewah.

 

Kes kini disiasat di bawah subseksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 terhadap syarikat, manakala pengarahnya disiasat mengikut perenggan 113(1)(a) ACP 1967.

 

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin (gambar), mengesahkan operasi tersebut, menyifatkannya sebagai langkah bersasar untuk memperkukuh pematuhan cukai dalam sektor bernilai tinggi.

> “Ketidakpatuhan melibatkan jumlah besar bukan sahaja merencatkan hasil negara, malah menjejaskan keadilan sistem percukaian dan tidak boleh dipandang ringan,” tegas beliau.

 

HASiL turut memaklumkan bahawa tindakan pendakwaan akan terus diperhebat, melibatkan kes pelarian cukai dalam pelbagai sektor termasuk perlombongan emas, penipuan (scam), penyalahgunaan status kebajikan, hasil perjudian, aktiviti haram, serta perniagaan milik warga asing yang gagal melaporkan pendapatan.

 

Langkah tersebut menunjukkan komitmen berterusan HASiL dalam membendung ketirisan hasil negara dan memastikan integriti sistem percukaian terus terpelihara.

 

HASiL menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana cubaan mengelak cukai dan menyeru semua pihak menunaikan tanggungjawab cukai demi kesejahteraan negara.

 

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara). –MYNEWSHUB

Tags: LHDN
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd