• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Martabat Pendidikan Negara Terus Diangkat, 20 Jurnal Diiktiraf Scopus

oleh Damu
09/11/2025
dalam Advertorial
0
Martabat Pendidikan Negara Terus Diangkat, 20 Jurnal Diiktiraf Scopus
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Scopus Research Star Award (MRSA) 2025 meraikan kecemerlangan dalam dunia penyelidikan dan inovasi yang menjadi wadah penting dalam mengiktiraf sumbangan besar para penyelidik Malaysia dalam kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Majlis ini turut mengiktiraf hasil kejayaan 20 jurnal akademik tempatan yang diindeks dalam pangkalan data Scopus menunjukkan peningkatan paling ketara berbanding pada tahun 2022.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, peningkatan tersebut bukan hanya sekadar statistik tetapi menjadi simbolik di mana penemuan dan pandangan para sarjana didengari di peringkat antarabangsa.

“Daripada hanya dua jurnal pada tahun 2022, kini sebanyak 20 jurnal telah berjaya disenaraikan dalam Scopus yang merupakan satu pencapaian besar membuktikan peningkatan kualiti dan pengiktirafan antarabangsa terhadap penyelidikan tempatan.
“Ini bukan sekadar angka statistik, tetapi bukti kepada keazaman bersama untuk mengangkat penyelidikan Malaysia ke pentas dunia, di mana suara, dapatan dan pandangan penyelidik dapat didengari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis anugerah MRSA 2025 di Putrajaya pada Khamis lalu yang menyerlahkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh budaya penyelidikan serta mengiktiraf sumbangan ahli akademik dan penyelidik IPT yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Dengan tema “MADANI: Melakar Masa Depan, Merealisasikan Idea”, FOI 2025 menjadi platform nasional menghimpunkan ilmuwan, penyelidik, industri dan masyarakat, termasuk penyelidik-penyelidik IPT seluruh negara untuk berkongsi idea serta mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi yang mampu memacu Malaysia ke arah masa depan yang lestari dan berdaya saing.

MRSA 2025 adalah  antara acara kemuncak dalam Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025, sebuah festival ilmu dan inovasi anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai 4 hingga 8 November 2025.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan penerbitan ilmiah negara, seiring dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab ilmu dan inovasi serantau.

Antara kategori anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Perintis Cemerlang, Anugerah Penyelidik Muda, Anugerah Kelestarian, Anugerah Penyelidik Wanita, Anugerah Penyelidikan Inovasi, Anugerah Jurnal Scopus dan Anugerah Jurnal MyCite, masing-masing dalam bidang Sains Teknologi & Sains Sosial.

Dalam pada itu, Zambry menegaskan pencapaian yang dilakar turut merupakan hasil kolebarasi berterusan antara KPT dan syarikat penerbitan antarabangsa Elsevier yang komited untuk bekerjasama dengan institusi akademik tempatan bagi mengenal pasti indeks serta jurnal berimpak tinggi.

Beliau turut menyifatkan MRSA bukanlah sekadar memberi pengiktirafan buat kejayaan penyelidik sebaliknya membentuk budaya ilmu yang berimpak besar kepada masyarakat dan dunia.

“Saya percaya MRSA ini bukan hanya majlis untuk mengiktiraf pencapaian, tetapi merupakan cerminan komitmen kita terhadap keilmuan yang diharapkan dapat mengubah kehidupan, memberi inspirasi kepada masyarakat,
“Kita berkumpul untuk meraikan kecemerlangan para sarjana dan keilmuan yang menerangi jalan kemajuan manusia melalui pencarian ilmu dan penemuan,” ujarnya lagi.

Zambry turut menyeru agar seluruh komuniti penyelidikan terus memperkukuh budaya keilmuan berpaksikan rasa ingin tahu, keberanian dan integriti yang menjadi tunjang kepada kemajuan ilmu dan tamadun.

“Kecemerlangan bukanlah satu destinasi, tetapi satu budaya hidup berterusan yang menuntut semangat ingin tahu, keberanian dan kejujuran ilmiah,” tambah beliau.

KPT akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh dasar penyelidikan negara dan memastikan penyelidikan Malaysia kekal relevan, beretika dan dipandang di peringkat global.

Share228Tweet142SendShare

Related Posts

Lagu ‘1Malaysia’ Catat 5.5 Juta Tontonan

Lagu ‘1Malaysia’ Catat 5.5 Juta Tontonan

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lagu 1Malaysia masih menjadi tontonan sehingga hari ini walaupun sekadar versi 'reupload' kerana versi rasmi lagu itu...

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengamal undang-undang, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir mempersoalkan sama ada minuman keras dihidangkan pada satu acara membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd