• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Mati Di Gunung Liang: Dua Malim Gunung Ditahan Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
17/10/2025
dalam Terkini
0
Pendaki Mati Di Gunung Liang: Dua Malim Gunung Ditahan Bantu Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak menahan dua malim gunung berusia 40-an bagi membantu siasatan tidak memiliki permit sah untuk memasuki kawasan hutan simpan di Perak, susulan kematian seorang pendaki di Gunung Liang dekat Tanjong Malim, yang ditemukan semalam.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang berkata semakan mendapati kumpulan itu hanya mempunyai permit sah bagi laluan di Bukit Fraser, Pahang iaitu lokasi mereka memulakan aktiviti mendaki.

“Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984, bagaimanapun mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan permit dan kebenaran sebelum melakukan aktiviti pendakian terutama bagi laluan yang merentasi sempadan negeri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Disyorkan
Prospek Marine & General kekal kukuh di sebalik tekanan industri minyak, gas
Sementara itu, Mohammad Azlin berkata Mustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah meninggal dunia kerana masalah kesihatan dan bukan disebabkan jatuh.

“Mangsa sebelum itu mengalami kecederaan dan apabila semua pendaki turun, hanya mangsa yang tidak muncul,” katanya.

Mohammad Azlin berkata mangsa mendaki bersama 10 rakan dari Bukit Fraser menuju ke puncak sebelum turun melalui laluan Gunung Liang.

Beliau berkata usaha membawa turun mayat sedang dijalankan pihak berkuasa bersama-sama pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Semalam, JBPM Perak memaklumkan mangsa yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat pada 3.30 petang, dan usaha membawa turun mayat dilakukan hari ini.

–BERNAMA

Tags: bantu siasatanmalim gunungPendaki Mati Di Gunung Liang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Rusuhan Bersenjata

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Rusuhan Bersenjata

03/09/2023
0

GUA MUSANG - Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama...

Rogol Berkumpulan: Polis Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan

Rogol Berkumpulan: Polis Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan

31/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan ke atas seorang wanita yang berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd