• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Rusuhan Bersenjata

oleh Mohd Arshad
03/09/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Rusuhan Bersenjata
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama di sini, Jumaat lepas.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan kira-kira 4.30 petang hari sama.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa merupakan pekerja di kedai runcit berkenaan diserang sekumpulan lelaki ekoran berlaku perselisihan faham selepas memarahi suspek yang mencuri satu karton air minuman berkarbonat dari premis berkenaan.

“Akibat tidak berpuas hati kerana dimarahi mangsa, seramai enam rakan suspek datang menyerang mangsa di kedai tersebut dengan menggunakan parang, batang besi dan kayu panjang sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

“Selain itu, suspek juga telah merosakkan barangan kedai runcit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Choon Foo berkata, polis turut merampas senjata yang disyaki digunakan semasa kejadian termasuk sebilah golok, buku lima dan sebatang cota kayu.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah jenis benzo dan methamphetamine.

Katanya, mereka disiasat lanjut mengikut Seksyen 379 dan 148 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan merusuh serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Sinar Harian

Tags: bantu siasatanKes Rusuhan Bersenjata
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abdullah Sudah Buka Mata Tapi Ditidurkan Semula

Next Post

‘Jangan Takut Dengan Slogan Malaysian Malaysia DAP, Ia Selari Prinsip Rukun Negara’

Related Posts

Rogol Berkumpulan: Polis Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan

Rogol Berkumpulan: Polis Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan

31/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan ke atas seorang wanita yang berlaku...

3 Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kes Larikan Seorang Lelaki

3 Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kes Larikan Seorang Lelaki

26/04/2023
0

ALOR SETAR : Polis menahan tiga lagi suspek untuk membantu siasatan berhubung kes melarikan seorang lelaki berusia 27 tahun di...

Next Post
‘Jangan Takut Dengan Slogan Malaysian Malaysia DAP, Ia Selari Prinsip Rukun Negara’

'Jangan Takut Dengan Slogan Malaysian Malaysia DAP, Ia Selari Prinsip Rukun Negara'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd