• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Adik Ipar Hingga Hamil, Pengait Sawit Dijel 16 Tahun, 6 Sebatan

oleh Mohd Arshad
07/10/2025
dalam Jenayah
0
Rogol Adik Ipar Hingga Hamil, Pengait Sawit Dijel 16 Tahun, 6 Sebatan
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan enam sebatan terhadap seorang pengait sawit yang mengaku bersalah merogol adik ipar perempuan sejak awal tahun ini hingga hamil enam bulan.

Hakim Mohd Khairi Haron membuat keputusan itu selepas mengambil kira pengakuan bersalah dibuat tertuduh berusia 39 tahun yang berhadapan dua pertuduhan dan rayuan dikemukakan.

Pada prosiding itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan untuk setiap pertuduhan. Namun mahkamah memutuskan hukuman penjara berjalan serentak.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selama setahun serta pengawasan polis dua tahun sebaik selesai hukuman selari dengan Seksyen 26 dan 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa merogol adik iparnya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kluang, pada jam 1 pagi, Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia sekali lagi didakwa melakukan perkara itu terhadap mangsa sama di rumah berlainan pada jam 12. 01 tengah malam, 31 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada pengadu yang juga mangsa memaklumkan dia telah dirogol abang iparnya selepas menceritakan kejadian berlaku kepada ibunya.

Hasil siasatan polis mendapati, kejadian berlaku di dua rumah berlainan. Mangsa memberitahu dirogol abang ipar beberapa kali.

Malah, tertuduh turut mengugut mangsa tidak menceritakan kepada sesiapa selepas kejadian itu. Mangsa yang ketakutan hanya berdiam diri.

Susulan laporan itu, polis menahan tertuduh pada hari sama laporan dibuat iaitu 24 September bagi membantu siasatan.

BHonline–

Tags: adik iparkes rogolmaut
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd